Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search
Journal : Jurnal Kemaritiman: Indonesian Journal of Maritime

Memertabatkan Semula Sejarah Maritim Sebagai Suatu Disiplin dan Cadang Ilmu dalam Mendepani Perkembangan Semasa Ilmu Kelautan Modern Ismail Ali; Singgih Tri Sulistiyono; Encep Supriatna
Jurnal Kemaritiman: Indonesian Journal of Maritime Vol 2, No 2 (2021): Desember 2021
Publisher : Universitas Pendidikan Indonesia (UPI)

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Laut dan lautan secara tradisinya  telah  menjadi sumber  inspirasi  untuk mencari kebenaran dan seterusnya berjaya menidakkan worldview manusia yang mengaitkannya dengan pelbagai unsur metos dan tahyul.  Laut dan lautan  juga merupakan  satu tempat yang mempunyai kelebihannya tersendiri bagi menyatukan perhubungan di antara negara, membentuk semangat bersatu, saling  memahami dan bersatupadu serta menjana kekayaan. Ia adalah satu harta yang tidak ternilai, tidak boleh ditukar ganti dan diubah suai. Dalam pensejarahan awal martitim dunia telah memperlihatkan  bagaimana para pelaut kuno dengan hanya berbekalkan kearifan lokal yang  terhad terhadap alam kelautan tetap berhasil menakluki laut dan lautan utama dunia sehingga telah berjaya membangunkan sebuah peradaban sepertimana yang kita warisi pada masa kini. Seiring dengan perubahan ilmu pengetahuan dan perkembangan teknologi pada masa ini telah memperlihatkan kewujudan pelbagai  bidang, disiplin  dan aliran baharu dalam ilmu kelautan yang kini lebih dikenali sebagai oceanografi sahaja. Justru itu penelitian dan penulisan makalah ini  bertujuan untuk memperlihatkan  bagaimana  sejarah maritim masih lagi releven  untuk terus dikaji dan dipelajari dan diangkat sebagai suatu bidang dan disiplin ilmu dalam ilmu kelautan dalam mendepani perubahan dan perkembangan terkini ilmu kelautan atau oceanografi dalam mencorakan perkembangan ilmu kelautan dan hala-tuju pembangunan agenda kelautan sesebuah negara.