Sanitah bte Mohd. Yusof, Sanitah bte
Universiti Teknologi Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search
Journal : JURNAL PENDIDIKAN NUSANTARA INDONESIA

Kesediaan Guru Sejarah Dalam Menggunakan Kaedah Inkuiri Penemuan Dalam Mata Pelajaran Sejarah Tumpang, Julia bte; Mohd. Yusof, Sanitah bte; Vazhathodi, Shafeq Hussain; Naim, Hamimah Abu
JURNAL PENDIDIKAN NUSANTARA INDONESIA Vol 1, No 1 (2015): Jurnal Pendidikan Nusantara Indonesia
Publisher : Office of International Affairs (OIA)

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti tahap kesediaan guru menggunakan kaedah inkuiri penemuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah Sekolah Rendah berdasarkan aspek pengetahuan, amalan dan kemahiran.  Seramai 119 orang guru Sejarah dari 69 buah sekolah rendah di sekitar Daerah Johor Bahru telah dipilih untuk terlibat dalam kajian ini. Soal selidik berskala Likert telah digunakan untuk mengukur tahap pengetahuan, amalan dan kemahiran guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri penenuan dalam pengajaran Sejarah. Data yang diperoleh dianalisis secara kuantitatif menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS 16.0) yang melibatkan penggunaan statistik deskriptif dalam bentuk skor min, kekerapan dan peratusan, manakala statistik inferensi menggunakan ujian ANOVA untuk menganalisis hipotesis kajian antara pengetahuan guru dan kelayakan ikhtisas guru. Dapatan kajian menunjukkan aras kesediaan guru-guru terhadap penggunaan kaedah inkuiri penemuan dalam pengajaran mata pelajaran Sejarah dari aspek pengetahuan dan amalan adalah tinggi. Namun dari segi kemahiran, kajian ini mendapati penggunaanya berada pada tahap sederhana. Hasil analisis ANOVA pula menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengetahuan guru dengan kelayakan ikhtisas guru.Kata Kunci— Guru, inkuiri, pengetahuan, kemahiran, pengajaran, sejarah