Media Syari'ah: Wahana Kajian Hukum Islam dan Pranata Sosial
Vol 18, No 1 (2016)

Aplikasi Maqasid Al-Syari'ah dalam Pembiayaan Golongan Fakir Menerusi Harta Zakat

Abdul Nasir bin Haji Abdul Rani (Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam. Beliau juga adalah Pengarah Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i di Universiti yang sama. Juga merupakan Ahli Badan Penasihat Syari’ah)
Kamaru Salam bin Yusof (Pensyarah dan Timbalan Dekan Fakulti Perniagaan dan Sains Pengurusan, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Brunei Darussalam.)



Article Info

Publish Date
11 Sep 2017

Abstract

Setiap hukum yang diturunkan oleh Allah subhanahu wa ta’ala pasti mempunyai rahsia tersirat atau objektif tersembunyi – dikenali dengan Maqasid al-Syari’ah – yang mungkin tidak disedari oleh ramai orang. Akibat daripada kejahilan dan kealpaan manusia serta tatacara pelaksanaan yang tidak komprehensif telah menyebabkan suatu hukum itu tidak mencapai maqasidnya. Hukum Zakat tidak terkecuali daripada berhadapan dengan senario ini. Umat Islam tahu bahawa mengeluarkan Zakat adalah merupakan satu ibadah, bahkan satu kewajiban yang dituntut oleh Syarak kepada mereka yang telah memenuhi syarat-syarat wajib mengeluarkannya. Namun tidak ramai yang tahu tentang kesan yang sepatutnya lahir daripada pengagihan harta Zakat tersebut. Kajian saintifik tentang Zakat sebagai salah satu elemen pembiayaan Islam yang efektif dalam menyelesaikan banyak permasalahan sosial masih belum banyak dilakukan. Kertas ini berusaha untuk mengkaji beberapa kesan positif yang sepatutnya lahir daripada praktik agihan Zakat jika ia dilakukan dengan cara yang betul kepada golongan fakir. Kajian ini akan menggunakan kaedah kepustakaan terutama sekali dalam menghuraikan prinsip Maqasid al-Syari’ah yang seterusnya digabungkan dengan beberapa teori moden untuk melihat keberkesanan pelaksanaan Zakat. Kajian kepustakaan dilakukan untuk memastikan prinsip Maqasid al-Syari’ah tidak terpesong daripada ruh sebenar penurunan hukum Zakat kepada manusia. Sementara proses penggabungan teori moden pula dilihat penting kerana ia banyak disandarkan kepada realiti semasa yang berlaku dalam masyarakat. Kajian ini mendapati bahawa pembiayaan Zakat kepada golongan fakir jika ia dilaksanakan dengan betul sudah pasti akan dapat mencapai pelbagai maqasid di samping menangani pelbagai permasalahan sosial. Untuk itu, kajian ini juga akan menganjurkan beberapa saranan penstrukturan semula dalam proses agihan Zakat yang dijalankan sekarang.

Copyrights © 2017






Journal Info

Abbrev

medsyar

Publisher

Subject

Religion Humanities Economics, Econometrics & Finance Law, Crime, Criminology & Criminal Justice Social Sciences

Description

This journal focused on Islamic Law Studies and present developments through the publication of articles, research reports, and book reviews. SCOPE Ahkam specializes on Islamic law, and is intended to communicate original research and current issues on the subject. This journal warmly welcomes ...