SUHUF: Jurnal Pengkajian Al-Qur'an dan Budaya
Vol 11 No 1 (2018)

Mushaf al-Quran Terengganu ; A Study of the al-Quran Manuscript IAMM 2012.13.6

AZMI, RISWADI (Unknown)
ABDULLAH, MUSTAFFA (Unknown)



Article Info

Publish Date
24 Aug 2018

Abstract

Manuskrip al-Quran Terengganu merupakan antara manuskrip al-Quran yang banyak terdapat di alam Melayu. Ketelitian dan kemewahan yang terdapat pada iluminasinya menjadikannya antara yang terindah dihasilkan pada abad ke 18 dan 19 masihi. Manuskrip al-Quran Terengganu IAMM2012.13.6 dipilih untuk dikaji kerana ianya merupakan manuskrip al-Quran Terengganu yang mempunyai catatan qiraat yang lengkap. Fokus utama kajian adalah untuk menghuraikan pengenalan manuskrip al-Qur’an Terengganu IAMM 2012.13. Kajian ini juga memperjelaskan peranan kesultanan Terengganu dalam penghasilan mushaf al-Quran ketika abad ke 18-19 masihi. Bagi mencapai tujuan tersebut, pendekatan filologi digunakan untuk mengumpulkan data disamping pendekatan kajian perpustakaan dan historis. Hasil kajian mendapati manuskrip al-Qur’an Terengganu telah dihasilkan secara aktif bermula abad ke-18 masihi dan penghasilannya adalah dengan sokongan penuh oleh kesultanan Terengganu. Kajian ini diharapkan dapat memperjelaskan kepada masyarakat akan keunggulan manuskrip al-Qur’an Terengganu dan usaha penghasilannya merupakan bukti kearifan lokal yang perlu diiktiraf dan dipelihara.

Copyrights © 2018






Journal Info

Abbrev

suhuf

Publisher

Subject

Religion Humanities

Description

FOCUS: SUHUF aims to increase understanding of the Quran through the publication of academic articles and research results. SCOPE: SUHUF publishes studies on the mushaf, translation, interpretation, rasm, qiraah, and other Quranic sciences, and pays special attention to the study of the Quran in the ...