Carta kawalan banyak digunakan dalam kawalan mutu berstatistik. Tujuan menggunakan cartakawalan ini adalah untuk memastikan sesuatu proses berada dalam keadaan terkawal dan stabilsepanjang masa secara grafik. Carta kawalan ini terdiri daripada had-had kawalan iaitu, hadkawalan atas, had kawalan tengah dan had kawalan bawah. Untuk mengetahui sesuatu prosestersebut adalah terkawal, kesemua titik yang mewakili variasi dalam sesuatu proses berada di dalamlingkungan had atas dan had bawah. Jika terdapat titik yang terkeluar daripada had kawalan atasmahupun had kawalan bawah, maka proses tersebut dikatakan tidak terkawal dan tidak stabil.Salah satu penggunaan carta kawalan yang meluas ialah carta kawalan XmR iaitu X mewakili nilaiindividu manakala mR mewakili peralihan julat. Untuk memastikan sesuatu proses tersebut beradadalam keadaan terkawal dan stabil, anggapan kenormalan mestilah dipenuhi. Namun demikian,kebanyakan proses pengeluaran menghasilkan data yang pencong dan ini menyebabkan prosestersebut tidak terkawal dan tidak stabil. Oleh itu, satu pendekatan berdasarkan kuasa penjelmaanakan turut dibincangkan dalam kajian ini.
Copyrights © 2007