Journal of Islamic and Law Studies (JILS)
Vol. 6 No. 2 (2022)

AHMAD IBRAHIM DAN PENGISLAMAN SISTEM HUKUM DI MALAYSIA

ahmad nabil amir (istac)



Article Info

Publish Date
23 Dec 2022

Abstract

Kertas ini mengkaji sumbangan Prof. Ahmad Ibrahim dalam usahanya merangka dan menjayakan gagasan Islamisasi undang-undang di Malaysia. Beliau telah membangunkan kerangka perundangan Islam yang bernafaskan prinsip hukum dan syariat yang dilakarkannya bagi menggantikan undang-undang sivil yang diwarisi dari penjajah. Menurutnya pindaan terhadap undang-undang sivil harus diusahakan dengan bijaksana dan berperingkat. Beliau berhujah bahawa undang-undang Islam telah diterima dan dilaksanakan dalam Kanun Melaka, Terengganu dan Kedah dan dipertahankan sejak Islam masuk ke rantau ini sebelum dihapuskan oleh penjajah. Undang-undang syariah menurutnya lebih baik dan telah memperlihatkan kecemerlangan dalam penerapannya di negara-negara Islam dalam mengurangkan kadar jenayah. Kertas ini akan mengkaji secara terperinci kaedah yang diusulkannya bagi menerap dan mengaplikasi undang-undang Islam seperti yang dicerakin dan dibincangkan dalam karya-karyanya.

Copyrights © 2022






Journal Info

Abbrev

jils

Publisher

Subject

Religion Humanities Law, Crime, Criminology & Criminal Justice Social Sciences

Description

The Journal of Islamic and Law Studies is a multi-disciplinary publication dedicated to the scholarly study of all aspects of science and of the Islamic in Indonesia. Particular attention is paid to works dealing with history geography political science economics anthropology sociology law ...