Jurnal Tafsere
Vol 8 No 1 (2020)

HERMENEUTIKA AL-QUR’AN AL-FARAHI DAN ISLAHI

Muhammad Thamsir Rizani (UIN Antasari Banjarmasin)



Article Info

Publish Date
18 Jul 2020

Abstract

Imam Hamiduddin Farahi (d.1930) adalah salah seorang ulama Islam yang terkenal ,ahli falsafah, ahli teologi dan pentafsir al-Qur’ān zaman modern. Karya-karyanya meliputi rekonseptualisasi dan pengaktifan semula ide akoherensi dalam al-Qur’ān, mendefinisikan semula semua sains dan disiplin Islam yang telah dianggap sangat perlu untuk memahami al-Qur’ān atau yang berasal dari al-Qur’ān yang memberikan sentraliti dan pengertian kepada al-Qur’ān. Beliau mencabar banyak wacana yang lazim dalam bidang sains al-Qur’ān, sains hadith, perundangan dan prinsip logik, teologi dan falsafahnya, dan bidang tatabahasa dan retorik bahasa Arab. Sedangkan beliau memiliki seorang murid yang bernama  Mawlana Amin Ahsan Islahi yang dilahirkan pada tahun 1904 di desa kecil Bamhur, distrik Azam Garh di Negara Bagian Uttar Pardash, India. Tulisan ini bertujuan untuk mengkaji pemikiran mereka berdua tentang peranan dalam Islam dan bagaimana Islam memupuk dan melatih pemikiran atau akal dengan cara tersendiri. Untuk mencapai matlamat ini, bukunya mengenai sains penghujahan al-Qur’ānia itu, Ḥijaj-ul-Qur’ān dan beberapa buku tambahan lain mengenai topik yang sama dirujuk dengan menggunakan metodologi analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa perbincangan tentang kesesuaian akal dengan wahyu adalah akibat salah faham kepada kedua-duanya. Realitinya, akal dan wahyu bersatu melengkapi antara satu sama lain dan tidak ada kemungkinan sebarang percanggahan antara kedua-duanya. Al-Qur’ān bukan sahaja menggalakkan penggunaan akal, sebaliknya ia menyediakan beberapa kaedah dan mekanisme untuk mengembangkan lagi ke upayaan pemikiran ketahap lebih tinggi yang tidak mudah dicapai tanpa usaha yang sungguh-sungguh dan latihan yang panjang serta berterusan.

Copyrights © 2020






Journal Info

Abbrev

tafsere

Publisher

Subject

Religion

Description

Tafsere is a peer-reviewed journal dedicated to publishing the scholarly study of the Quran from many different perspectives. Particular attention is paid to the works dealing with Quranic Studies, Qur’anic sciences, Living Quran, Quranic Studies across different areas in the world, Methodology of ...