Komunikasi Islam ialah proses bagaimana seseorang pendakwah berfungsi sebagai komunikator, berkongsi pengalaman dan maklumat dengan pendengar.Komunikasi Islam berasaskan nilai-nilai keagamaan yang bersumberkan Al-Qur’an dan Hadis. Ini kerana segala sesuatu yang berhubung dengan proses komunikasi, sama ada secara prinsip, kaedah, mesej, matlamat dan media hendaklah berasaskan panduan wahyu dan sunnah Rasulullah S.A.W. Akan tetapi, cabaran yang timbul dalam kalangan pendakwah dalam sesi menyampaikan dakwah terhadap pelatih yang penerimaan pelatih yang berbeza mengikut pendekatan komunikasi yang berbeza,samada dari caranya mahupun bentuknya. Oleh itu, artikel ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan komunikasi dakwah terhadap pelatih di Pusat Pemulihan Darul Islah. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan edaran soal selidik terhadap pelatih yang yang menjadi subjek kajian. Hasil kajian mendapati kaedah komunikasi yang digunapakai diterima baik oleh pelatih dengan bahasa yang mudah difahami dan adanya komunikasi dua hala. Kajian ini memberikan implikasi terhadap usaha mempertingkatkan kualiti pendakwahan dalam kalangan pendakwah supaya pelatih di Darul Islah dapat mengamalkan ajaran Islam dengan sebenar.
Copyrights © 2023