Journal Civics and Social Studies
Vol 7, No 1 (2023): Vol 7 no 1 Tahun 2023

Evaluation of the Implementation of Curriculum for Teaching Elementary School Malay Language Skills to Malay Language Teacher Students at the Teacher Education Institute (IPG)

Amat Tarop bin Sumo (IPG Kampus Ilmu Khas)



Article Info

Publish Date
15 Jun 2023

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai kurikulum Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah dalam kalangan siswa guru elektif teras Bahasa Melayu di IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Kajian ini akan menilai keberkesanan kurikulum ini kepada siswa guru bukan opsyen yang mengambil elektif teras Bahasa Melayu sebagai subjek minor. Model Penilaian Stufflebeam 1971 iaitu Context-Input-Process-Product (CIPP) telah digunakan dalam kajian ini. Keberkesanan kurikulum ini terhadap siswa guru akan dilihat dalam dimensi konteks, input, proses dan produk.  Kaedah kuantitatif  dengan menggunakan tinjauan soal selidik telah digunakan bagi mendapatkan data daripada siswa guru. Data kuantitatif diperoleh melalui soal selidik daripada 119 orang siswa guru. Analisis data menggunakan perisian IBM SPSS versi 26.0. Dapatan deskriptif menunjukkan beberapa aspek konteks, input, proses dan produk adalah baik. Melalui kajian ini didapati bahawa kurikulum Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah amat memberi kesan yang positif  kepada siswa guru berdasarkan keempat-empat dimensi  Aspek-aspek seperti hasil pembelajaran dan isi kandungan kurikulum, sumber fizikal, sumber manusia, dan pentaksiran didapati memberi kesan yang positif kepada siswa guru yang mengambil kursus. Keberkesanan kurikulum ini terhadap siswa guru elektif teras Bahasa Melayu menjadi pemangkin untuk melahirkan siswa guru yang berpengetahuan luas berkenaan Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

Copyrights © 2023






Journal Info

Abbrev

journalcss

Publisher

Subject

Description

Jurnal Civicos (Civics and Social Studies) memiliki Scope dan Fokusnya antara lain pada bidang : 1. Pendidikan dan Pembelajaran 2. Pendidikan Pancasila dan Kewarganegaraan 3. Pendidikan Politik, Hukum dan Kenegaraan 4. Pendidikan IPS – Social Studies 5. Social Science 6. Humaniora 7. Ilmu Sosial ...