Parti politik adalah asas utama sistem demokrasi, dinamika yang berlaku dalam parti politik adalah pemboleh ubah yang mempengaruhi kualiti demokrasi. Corak dan ideologi parti politik mempunyai persamaan dan perbezaan sesuai dengan keadaan sesuatu bangsa, terutama Indonesia adalah negara pluralistik yang mempunyai berbagai macam perbezaan sehingga wajar memilih system multi-parti yang beragam. Parti politik ideologi Islam di Indonesia terdiri dari beragam parti yang bertujuan untuk menampung dan memperjuangkan aspirasi umat Islam di Indonesia. Dengan perkembangan sejarah dan kemajuan teknologi, telah terjadi pergeseran dalam tujuan parti berakibat menimbulkan perselisihan cenderung berpecah belah. Sekiranya pengurusan parti berjalan dengan baik maka kelangsungan parti akan baik. Kajian ini mengupas literatur untuk melihat sistem pengurusan, kelangsungan parti dari aspek sejarah dan peraturan parti. Selanjutnya, penelitian mendalam terhadap literatur berkaitan turut membuktikan bahawa faktor dalaman dan luaran parti dapat menghambat keberlangsungan parti. Secara spesifiknya, literatur atau penerokaan ilmiah bersabit hubungan antara pengurusan dan kelangsungan parti dapat menjayakan hasil akhir perjuangan parti.
Copyrights © 2023