Kajian ini adalah mengenai peranan Neurosains dalam pembelajaran hafazan Al-Qur’an dan hubungannya dalam kaedah hafazan Al-Qur’an Siyaq. Namun begitu masih didapati kebanyakkan para penghafaz kurang mengambil berat tentang kegunaan Neurosains dalam pembelajaran hafazan Al-Qur’an. Selain daripada itu, kaedah hafazan yang digunakan sekarang tertumpu kepada kaedah hafazan Al- Qur’an sahaja tanpa dihubungkaitkan dengan Neurosains. Oleh itu, tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti hubungkait antara Neurosains dan kaedah hafazan Al- Qur’an Siyaq. Selain daripada itu, kajian ini adalah untuk mengkaji peranan Neurosains dalam peningkatan prestasi hafazan. Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini dijalankan dalam reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan metodologi kajian kepustakaan untuk menjawab objektif kajian ini. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa terdapat hubungkait antara Neurosains dan kaedah hafazan Al-Qur’an Siyaq. Dengan memahami hubungkait antara neurosains dan hafazan Al-Qur’an dapat membantu penghafaz untuk meningkatkan lagi mutu hafazan.
Copyrights © 2024