Asid askorbik atau lebih dikenali sebagai vitamin C adalah satu keperluan mikronutrien yang menjalankan fungsi metabolisma yang penting kepada manusia. Ia merupakan satu vitamin yang penting dalam pembentukan kolagen iaitu protein yang memberi struktur kepada tulang-tulang, rawan, otot, dan pembuluh darah. Justeru itu, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji kesan radiasi terhadap asid askorbik dan kesan asid askorbik terhadap radiasi dalam darah. Asid askorbik yang telah diradiasi diuji menggunakan FTIR. Sampel darah yang telah diradiasikan ditcampur dengan asid askorbik seterusnya diuji menggunakan mikroskop metalurgi unuk melihat morfologi struktur darah. Keputusan yang didapati hasil dari kajian ini adalah asid askorbik yang dikenakan dos sinar gama yang rendah tidak memberi perubahan kepadanya. Selain itu, asid askorbik akan menjadi penawar terhadap kemusnahan struktur darah yang akibat dedahan radiasi.
Copyrights © 2024