Jurnal Sains Indonesia
Vol. 5 No. 2 (2024): Vol 5 No 2 (2024): Volume 5, Nomor 2, 2024 (Juli)

Mengkaji Ciri- Ciri Pengionan Gas Oksigen Menggunakan Kaedah Berangka- Suatu Kajian Awal

Siti Amira (Unknown)



Article Info

Publish Date
25 Apr 2025

Abstract

Gas yang neutral apabila dikenakan tenaga pengionan akan menyebabkan molekul gas tersebut berubah menjadi ion yang memiliki cas positif dan cas negetif. Ia boleh juga berubah daripada sifatnya yang asal iaitu penebat kepada pengalir arus elektrik. Kaedah yang kerap digunakan untuk mengionkan gas ialah fotopengionan, nyahcas elektrik dan pengionan termal. Gas yang diuji sifat pengionannya di dalam kajian ini ialah gas oksigen. Oksigen memiliki dua spesifikasi yang menarik yang menjadi faktor untuk diuji sifat pengionannya iaitu memiliki keelektronegatifan yang tinggi dan oksigen adalah ozon yang berada di aras stratosfera yang melindungi bumi dari radiasi luar. Dua terma persamaan Boltzmann digunakan untuk menganalisa ciri- ciri pengionan yang dikehendaki. Perisian COMSOL dengan model satu dimensi (1D) digunakan bagi menyelesaikan dua terma persamaan Boltzamann. Pekali Townsend (α), mobility electron (µe) dan tenaga mobility electron (µƐ) adalah ciri- ciri pengionan yang telah dikenalpasti. Bermula tenaga 0.25 eV, pekali Townsend kelihatan tidak stabil sehinggalah min tenaga elektron pada 6 eV dan menjadi semakin stabil selepas itu. Mobiliti elektron dan tenaga mobiliti elektron pula semakin berkurang sepanjang peningkatan min tenaga elektron. Nilai penurunan mobiliti elektron lebih rendah berbanding penurunan tenaga mobiliti elektron. Ketiga- tiga sifat tersebut menjelaskan dengan lebih terperinci sifat kelektronegatifan yang berada pada oksigen.

Copyrights © 2024






Journal Info

Abbrev

jsi

Publisher

Subject

Computer Science & IT Energy Mathematics Social Sciences Other

Description

Jurnal Sains Indonesia (JSI) is a scientific periodical publication that presents scientific articles, conceptual thinking, reviews, and book reviews in the field of science with research subjects in the social, economic, environmental, educational and ...