Hukum Islam
Vol 17, No 1 (2017): PROBLEMATIKA HUKUM KELUARGA

SKEMA PEMBERIAN ZAKAT KEPADA ASNAF FI SABILILLAH MENGIKUT MAQASID SYARIAH: KAJIAN DI MALAYSIA DAN SINGAPURA

Az Man (Universitas Malaysia)



Article Info

Publish Date
19 Sep 2018

Abstract

AbstrakZakat merupakan salah satu sumber kewangan utama untuk pembangunan ekonomi orang Islam. Sumber-sumber zakat yang dikumpul kemudiannya diagihkan kepada lapan golongan yang berhak menerima zakat termasuk asnaf fi sabilillah. Pengagihan zakat kepada asnaf fi sabilillah menggunakan pendekatan maqasid syariah dilihat sangat penting bagi memastikan skim agihan zakat yang diberikan menepati pensyariatan dan hikmah tuntutan zakat. Setiap skim yang disediakan perlu dinilai sama ada melengkapi keperluan asnaf berasaskan maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta. Kajian ini akan membincangkan konsep maqasid syariah dalam konteks zakat serta menganalisis dan menilai skim agihan zakat kepada fi sabilillah berasaskan maqasid syariah di Malaysia dan Singapura. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif yang melibatkan kaedah dokumentasi. Hasil kajian mendapati Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyediakan sebanyak 19 skim agihan zakat fi sabilillah manakala Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) telah menyedikan lapan skim. Secara umumnya, skim agihan zakat kepada asnaf fi sabilillah di Malaysia dan Singapura menepati maqasid syariah. Namun, penambahbaikan skim berdasarkan keutamaan lima prinsip maqasid syariah, iaitu memelihara agama, nyawa, akal, keturunan dan harta perlu disemak semula supaya dasar agihan asnaf fi sabilillah yang dilakukan menepati kehendak maqasid. Kajian lanjutan boleh dijalankan bagi menilai setiap skim yang disediakan kepada tujuh golongan asnaf dari semasa ke semasa agar selari dengan konsep maqasid syariah yang diutamakan dalam Islam. Kajian ini diharapkan menjadi panduan kepada pihak Majlis Agama Islam di Malaysia dan Singapura dalam melaksanakan sistem pengagihan zakat asnaf fi sabilillah secara berkesan dan telus. Kata kunci: Asnaf, Fi sabilillah, Skim Agihan Zakat, Maqasid Syariah 

Copyrights © 2017






Journal Info

Abbrev

HUKUM ISLAM

Publisher

Subject

Law, Crime, Criminology & Criminal Justice

Description

Jurnal Hukum Islam dengan nomor (Print ISSN 1411-8041) (Online ISSN 2443-0609) merupakan jurnal yang diterbitkan oleh Fakultas Syariah dan Hukum Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau sebagai media pengkajian dan penyajian karya ilmiah terutama bidang hukum Islam. Jurnal ini pertama ...