Nusantara Civil Engineering Journal
Vol 3 No 2 (2025): Nusantara Civil Engineering Journal

Potensi Portable Table Screw (PTS) untuk Program Intervensi Awal di Persatuan Autisme Kebangsaan Malaysia (NASOM), Melaka

AHMAD SHARIFF, SITI SALBIAH (Unknown)
ZAINAL, SITI HARNI (Unknown)
PADZLAN, SURIANI NASUTION (Unknown)



Article Info

Publish Date
24 Dec 2025

Abstract

Kajian ini memfokuskan kepada pembangunan Portable Table Screw (PTS), satu produk inovasi untuk meningkatkan kemahiran motor halus dan penumpuan kanak-kanak autisme dalam pembelajaran. PTS dirancang sebagai alat bantu mengajar yang menarik, selamat, dan menyeronokkan, sesuai untuk kanak-kanak autisme berusia 5-10 tahun dalam Program Intervensi Awal (EIP) di NASOM, Melaka. Produk ini menawarkan aktiviti seperti memasang dan membuka skru, bolt L, kunci, bolt pencangkuk, dan bolt biasa.Kemahiran motor halus sangat penting bagi kehidupan harian kanak-kanak autisme, contohnya mengikat tali kasut atau memutar tombol pintu. Kajian ini turut mengaplikasikan pendekatan Applied Behavioral Analysis (ABA) untuk memahami tahap fokus kanak-kanak semasa sesi pembelajaran. Dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual, dan pemerhatian, kajian mendapati PTS mampu memperbaiki kemahiran motor halus serta meningkatkan kadar penumpuan mereka.Kesimpulannya, penggunaan PTS memberikan impak positif kepada proses pembelajaran kanak-kanak autisme, khususnya di NASOM Melaka. Ia bukan sahaja bermanfaat untuk kanak-kanak tetapi juga menyumbang kepada komuniti autisme, termasuk keluarga dan tenaga pengajar. PTS berpotensi menjadi alat penting dalam mendukung perkembangan kanak-kanak autisme melalui pendekatan yang menyeronokkan dan berkesan.

Copyrights © 2025






Journal Info

Abbrev

nuce

Publisher

Subject

Civil Engineering, Building, Construction & Architecture

Description

Nusantara Civil Engineering Journal is the open-access peer-reviewed journal of civil engineering and environment. This journal is published by the Department of Civil Engineering, Balikpapan State Polytechnics, it has scopes and focuses in: 1. Road & Bridge Construction 2. Transportation System 3. ...