Keibubapaan Islam merupakan asas utama dalam meraih zuriat yang salih. Kefahaman ibu bapa tentangnya merupakan tolak ukur terhadap kualiti moral dan akhlak remaja. Pelbagai persoalan moral mewarnai dunia remaja, keadaan ini sudah sangat mengkhuatirkan. Oleh itu, Kertas kerja ini ingin menganalisis konsep keibubapaan menurut Islam serta peranan ibu bapa dalam mendidik anak remaja. Hasil analisis ini memberi kefahaman bahawa konsep keibubapaan dalam Islam adalah konsep pendidikan yang bertumpu pada kesedaran vertikal (hablum minallah) dan menjadikan ketakwaan sebagai landasan hubungan horizontal (hablum minannas) untuk mewujudkan matlamat keibubapaan. Adapun keberhasilan peran ibu bapa dalam mendidik remaja terhasil daripada kesedaran mereka akan konsep keibubapaan Islam yang meliputi seluruh aspek kehidupan.
Copyrights © 2016