Fikiran Masyarakat
Vol 6, No 1 (2018)

Bentuk – Bentuk Program Pembangunan Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Terhadap Orang Asli di Malaysia

Nurul Islam Mohd Isa (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)
Zulkefli Aini (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)



Article Info

Publish Date
09 Dec 2017

Abstract

Pelbagai pelan pembangunan pendidikan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia melalui KPM (Kementerian Pendidikan Malaysia) bagi membangunkan pendidikan rakyat Malaysia agar setaraf dengan pendidikan di peringkat antarabangsa. Dalam pelan pembangunan ini juga terdapat pelbagai program pembangunan pendidikan yang turut direncanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi membangunkan pendidikan masyarakat Orang Asli yang juga merupakan rakyat di negara ini. Persoalannya apakah bentuk-bentuk program pembangunan pendidikan tersebut? Oleh itu, kertas kerja ini telah diwujudkan bagi mengenlpasti tentang bentuk-bentuk program pembanguna pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah kajian kepustakaan berdasarkan buku-buku, laporan, dokumen, jurnal, tesis, artikel dan seumpamanya. Kajian ini menggunakan kaedah analisis secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan program pembangunan pendidikan murid Orang Asli Kementerian Pendidikan Malaysia ini memberi impak positif kepada kadar pengurangan keciciran murid Orang Asli dan meningkatkan kadar penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) dalam kalangan murid dan ibu bapa Orang Asli.

Copyrights © 2018






Journal Info

Abbrev

fm

Publisher

Subject

Other

Description

Visi Jurnal Fikiran Masyarakat sarana informasi ilmu pengetahuan dan pemikiran. Tujuan : 1. Memberikan informasi hasil pemikiran dan penelitian yang dilakukan oleh masyarakat peneliti dan akademik. 2. Memberikan informasi yang berguna untuk membangun masyarakat yang lebih baik. 3. Memberikan ...