Artikel ini membicarakan tentang penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat. Kajian ini merupakan salah satu proses pembersihan rohani seseorang Muslim untuk mencapai kesempurnaan ubudiyah yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Dalam kajian shalat pada masa kini, masih lagi terdapat orang Islam mengabaikan shalat bahkan tidak melaksanakan shalat dengan sempurna maka dengan kajian ini berusaha untuk mengembalikan fitrah asal kejadian manusia sebagai khalifah Allah SWT. Penulisan ini bertujuaan untuk mengkaji penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat. Kajian ini menggunakan metodologi analisis kandungan serta pengumpulan data daripada buku-buku, jurnal, prosiding, kajian lepas dan karya ilmiah oleh tokoh-tokoh terkenal dalam bidang penyucian jiwa dan penghayatan shalat. Hasil penulisan ini, mendapati bahawa dalam pendekatan muhasabah mempunyai tiga perkara yang akan memfokuskan iaitu bentuk, cara dan lapangan dalam penyucian jiwa melalui pendekatan muhasabah dalam penghayatan shalat sahaja. Oleh itu, implikasi daripada penulisan ini menyarankan agar seseorang Muslim menggunakan kaedah ini dalam membentuk diri sebagai Muslim sejati.
Copyrights © 2016