Fikiran Masyarakat
Vol 6, No 1 (2018)

Sejarah Perkembangan Seni Khat Dalam Kesenian Islam di Nusantara

Khairiah Binti Mohamad (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)
Khazri Bin Osman (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)
Anuar Bin Puteh (Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor)



Article Info

Publish Date
20 Dec 2017

Abstract

Seni khat dikenali sebagai kaligrafi yang merupakan salah satu kesenian Islam yang mendapat perhatian besar kepada umat Islam. Seni khat diilhamkan daripada al-Quran yang mempunyai nilai tinggi dan membawa mesej tauhid serta ketakwaan kepada Allah SWT. Oleh itu, kebanyakan karya tentang kesenian Islam yang dihasilkan oleh orientalis kurang mengupas tentang kesenian Islam di negara-negara wilayah NUSANTARA, sedangkan negara-negara di NUSANTARA adalah merupakan di antara negara-negara pertama di sebelah timur yang telah menerima Islam beberapa tahun selepas keruntuhan beberapa empayar Islam di Timur Tengah. Kajian ini mengupas tentang kesenian Islam di NUSANTARA selain memberi kesedaran kepada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia supaya menghargai seni khat sebagai simbolik warisan kesenian dalam tamadun Islam NUSANTARA. Kajian ini memfokuskan kepada sejarah perkembangan seni khat dalam kesenian di NUSANTARA. Reka bentuk kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan dengan membuat analisis dan ulasan terhadap buku-buku, artikel jurnal serta penulisan ilmiah yang lain. Hasil kajian mendapati terdapat bukti-bukti sejarah yang menunjukkan bermulanya seni khat daripada pengenalan tulisan khat, bentuk-bentuk dan ciri-cirinya tersendiri, yang mana telah dicatatkan oleh sejarah terdapat fahaman-fahaman atau agama-agama lain yang mendahului Islam dalam kesenian seni khat ini khususnya di NUSANTARA.

Copyrights © 2018






Journal Info

Abbrev

fm

Publisher

Subject

Other

Description

Visi Jurnal Fikiran Masyarakat sarana informasi ilmu pengetahuan dan pemikiran. Tujuan : 1. Memberikan informasi hasil pemikiran dan penelitian yang dilakukan oleh masyarakat peneliti dan akademik. 2. Memberikan informasi yang berguna untuk membangun masyarakat yang lebih baik. 3. Memberikan ...