Bidayuh merupakan salah satu masyarakat yang terdapat di negeri Sarawak.Masyarakat ini mempunyai empat pecahan etnik yang utama iaitu di Bau, Serian,Lundu dan Padawan. Masyarakat ini mempunyai empat pecahan bahasa etnikiaitu Bukar-sadong di Serian, Jagoi di kawasan Bau, Biatah di kawasan Padawandan Penrissen. Kajian ini bertumpu pada lagu popular Bidayuh yang dicipta dikawasan Serian, Sarawak yang penduduknya adalah majoriti kaum BidayuhBukar-Sadong dari tahun 2000 hingga 2013. Melalui kajian ini, ciri-ciri lagu popBidayah Bukar Sadong Serian akan dikenalpasti dari aspek tanda masa, melodi,rentak, harmoni dan struktur (form). Secara kesimpulan, didapati penggunaanstruktur lagu yang amat terhad, penggunaan ilmu teori muzik yang terhad dalamkomposisi dan penggunaan alat muzik orkestra barat yang terhad dalamkomposisi lagu pop Bidayuh.
Copyrights © 2015