Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Personaliti Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (Satu Tinjauan Melalui Psikometrik Tajma Edisi 2) Mohd Fahridzakki Bin Abd Rahman; Zuria Mahmud
Simposium Antar Bangsa Seminar dan Workshop
Publisher : RedwhitePress

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.32698/21347

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat 11 tret personaliti yang dominan untuk Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru (IPG) Malaysia. Melalui psikometrik TAJMA (Edisi 2), terdapat 11 Tret personaliti ialah Asertif, Analitikal, Keterbukaan, Keyakinan Diri, Kepimpinan, Jati Diri, Prihatin, Silang Budaya, Pencapaian, Integriti dan Patriotisma. Seramai 101 orang guru pelatih semester lapan terlibat, yang terdiri daripada unit Muzik, Pemulihan, Pendidikan Jasmani dan TESL. Mereka terdiri daripada 17 orang lelaki dan 84 orang perempuan. Alat kajian yang digunakan ialah inventori soal-selidik Profil Personaliti TAJMA Edisi 2 (PPT2) yang mempunyai reliabiliti dan validiti 0.8 ke 0.9. Kajian mendapati daripada 11 tret personaliti tersebut, terdapat 3 tret personaliti dominan yang mendapat peratus tinggi ialah Keterbukaan., Prihatin, dan Integriti. Dapatan ini menunjukan bahawa guru pelatih ini mempunyai personaliti seorang guru yang berkesan untuk berkhidmat di sekolah kerana 3 tret personaliti tersebut adalah merupakan antara ciri-ciri personaliti utama dan dominan yang perlu ada pada seseorang guru.