Haswira Salleh Ahim
University Islam Sultan Syarif Ali Brunei

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

SKEPTISISME DAVID HUME DAN KEPASTIAN ILMU DALAM ISLAM Haswira Salleh Ahim
Al-Ahnaf: Journal of Islamic Education, Learning and Religious Studies Vol. 3 No. 2 (2026)
Publisher : Penerbit Hellow Pustaka

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.61166/ahnaf.v3i2.48

Abstract

Skeptisisme merupakan salah satu aliran penting dalam falsafah Barat moden yang mempersoalkan kemampuan manusia mencapai kepastian ilmu dan kebenaran mutlak. David Hume sebagai tokoh utama skeptisisme empirisisme telah menegaskan bahawa pengetahuan manusia hanya terbatas kepada pengalaman deria, sekali gus menolak kepastian hubungan sebab-akibat dan mempertikaikan kemampuan akal mencapai hakikat realiti secara mutlak. Keadaan ini menimbulkan masalah kajian apabila skeptisisme moden membuka ruang kepada relativisme, sekularisme dan keraguan terhadap agama dan kebenaran wahyu dalam masyarakat kontemporari. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis pemikiran skeptisisme David Hume berkaitan kepastian ilmu dan menilai konsep keyakinan ilmu (yaqin) dalam epistemologi Islam sebagai respons terhadap skeptisisme Barat. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk analisis konseptual dan kajian kepustakaan dengan merujuk kepada karya-karya Hume, penulisan falsafah Barat dan sumber epistemologi Islam daripada ulama dan sarjana Muslim. Hasil kajian mendapati bahawa skeptisisme Hume terlalu bergantung kepada empirisisme sehingga mengehadkan ilmu kepada pengalaman deria semata-mata, sekali gus menolak dimensi metafizik dan wahyu sebagai sumber kebenaran. Sebaliknya, epistemologi Islam menawarkan pendekatan yang lebih seimbang melalui gabungan wahyu, akal dan pengalaman yang membolehkan manusia mencapai keyakinan ilmu secara lebih kukuh dan menyeluruh. Secara keseluruhannya, kajian ini menegaskan bahawa epistemologi Islam mempunyai asas yang lebih stabil dalam memahami hakikat ilmu dan realiti kehidupan dan mampu menjadi benteng terhadap pengaruh skeptisisme moden yang boleh menggugat kestabilan aqidah umat Islam.