This Author published in this journals
All Journal FamilyEdu
Wahab, Nabila Abd
Unknown Affiliation

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Tahap Pengetahuan Dan Faktor Terpilih Terhadap Pemilihan Kuih Tradisional Dalam Kalangan Belia Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Zakaria, Anis; Wahab, Nabila Abd
FamilyEdu: Jurnal Pendidikan Kesejahteraan Keluarga Vol 5, No 2 (2019)
Publisher : Prodi PKK - Departemen PKK - Universitas Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan faktor terpilih terhadap pemilihan kuih tradisional dalam kalangan belia Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM. Tahap pengetahuan dikaji dengan menggunakan 40 buah gambar untuk dinamakan. Faktor terpilih di dalam kajian ini adalah persediaan makanan, pola pemilihan makanan, pengaruh persekitaran serta didikan dan pendedahan. Kajian ini telah dijalankan terhadap seramai 287 orang sampel kajian yang terdiri daripada pelajar semua program Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM. Borang soal selidik bergambar digunakan sebagai instrumen bagi kajian menguji tahap pengetahuan tentang kuih tradisional dan soala berskala likert 5 tahap digunakan untuk menguji faktor terpilih terhadap pemilihan kuih tradisional dalam kalangan pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan di UPM. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 22. Melalui kajian ini, menunjukkan bahawa tahap pengetahuan terhadap kuih tradisional adalah pada tahap sederhana. Manakala bagi faktor terpilih terhadap pemilihan kuih tradisional menunjukkan faktor didikan dan pendedahan merupakan faktor tertinggi dalam pemilihan makanan dalam kalangan pelajar. Cadangan kajian ini kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia adalah memperbanyakkan lagi silibus mengenai kuih tempatan dari segi sejarah, cara pembuatan mengikut susunan tradisional, pengendalian dan lain-lain. Selain itu, Fakulti Pengajian Pendidikan boleh mencadangkan pada pihak universiti dalam penerapan penjualan kuih tradisional di kawasan-kawasan fakulti yang mempunyai kafe.