Claim Missing Document
Check
Articles

Found 4 Documents
Search
Journal : Proceedings of The ICECRS

KEFUNGSIAN KELUARGA DAN KETAHANAN DIRI PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN HARIAN Siti Hajar Mohamad Yusoff; Yahya Don
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (627.919 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.589

Abstract

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan generasi yang mempunyai gaya hidup sihat dan sejahtera, pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah untuk membantu melahirkan pelajar yang cerdas, cergas, berakhlak, dan berwawasan, antaranya dengan memfokuskan terhadap faktor psikologi dalam usaha membentuk pelajar yang berdaya tahan. Justeru, kajian ini berusaha untuk mengenal pasti tahap kefungsian keluarga dan ketahanan diri dalam kalangan pelajar. Sebanyak 376 orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Harian di Zon Utaratelah terlibat dalam kajian ini. Instrumen Family Adaptability and Cohesion Evaluation Scales III (FACES III) digunakan untuk mengukur kefungsian keluarga, dan Resilient Scale (RS) pula bagi mengukur ketahanan diri. Keputusan kajian mendapati tahap kefungsian keluarga responden adalah sederhana, manakala tahap ketahanan diri responden pula adalah tinggi. Dapatan juga menunjukkan bahawa aspek kefungsian keluarga yang baik dapat meningkatkan ketahanan diri belia. Implikasi kajian ini dapat menyumbang terhadap usaha pembangunan pelajar oleh pihak sekolah, kerajaan, serta masayarakat.
HUBUNGAN KEPIMPINAN SEKOLAH DENGAN TINGKAH LAKU GURU GENERASI ‘Y’ Jamilah Man; Yahya Don; Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1028.49 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.592

Abstract

Amalan kepimpinan yang dipraktikkan oleh pemimpin sekolah merupakan tunggak utama dalam memastikan sistem pendidikan berada pada tahap yang membanggakan selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru dalam kalangan guru generasi ‘Y’ di Maktab Rendah Sains MARA, Zon Utara, Semenanjung Malaysia. Kajian ini menjalankan kaedah tinjaun rentasan menggunakan soal selidik terpiawai. Instrumen yang digunakan untuk mengukur kepimpinan pengetua adalah Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang dibina oleh Bass dan Avolio pada tahun 1995, manakala tingkah laku guru pula diukur dengan menggunakan Teacher Behaviors Inventory (TBI) yang dibina oleh Murray (1983). Dapatan kajian membuktikan wujudnya hubungan positif yang signifikan antara kepimpinan sekolah dengan tingkah laku guru generasi ‘Y’. Justeru, adalah disarankan agar barisan kepimpinan sekolah mengamalkan setiap dimensi kepimpinan sekolah dalam kepimpinan mereka supaya kepimpinan sekolah semakin berkesan dan cemerlang selari dengan kandungan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.
PRAKTIS KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DAN KOMITMEN TERHADAP ORGANISASI BERDASARKAN KOHORT GENERASI GURU Marlia Jamail; Yahya Don
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (861.418 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.612

Abstract

Praktis kepimpinan distributif merupakan keperluan dalam sistem pendidikan, kerana guru dan pemimpin sekolah dapat mewujudkan kerjasama dan interaksi bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Kajian mengenai kepimpinan distibutif ini masih lagi di peringkat awal dan perlu diperbanyakkan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi di sekolah menengah kebangsaan. Kajian ini menggunakan seramai 298 responden yang terdiri daripada guru dan menggunakan pendekatan kuantitatif berbentuk tinjauan keratan rentas. Kajian ini telah menggunakan kerangka teoritikal kepimpinan distributif Spillane (2006) yang telah menghubungkan interaksi antara pemimpin, pengikut dan juga situasi. Kajian ini menggunakan instrumen Distributed Leadership Survey (DLS) oleh Davis (2009), dan juga instrumen Affective, Continuance and Normative Commitment Scales (ACNCS) yang telah dibangunkan oleh Meyer dan Allen (1997). Pemilihan responden adalah berdasarkan kepada pensampelan rawak berstrata tidak mengikut kadar dan juga persampelan bertujuan. Sebanyak tiga hipotesis telah dibina dan diuji dengan menggunakan kaedah statistik ujian korelasi Pearson, ujian-t sampel bebas dan ujian ANOVA menerusi SPSS versi 21. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kepimpinan distributif dan komitmen guru terhadap organisasi. Dimensi kepimpinan pengetua dan dimensi visi sekolah didapati sangat kerap dipraktiskan di dalam kajian ini. Bagi komitmen terhadap organisasi, didapati dimensi komitmen normatif adalah yang paling tinggi. Tiada perbezaan yang signifikan dalam kepimpinan distributif dengan komitmen guru berdasarkan kohort generasi dan juga jantina guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, adalah dicadangkan agar pemimpin sekolah dapat menyebarluaskan kepimpinan kepada guru di samping berkongsi visi sekolah yang jelas dan mudah difahami oleh warga sekolah, tanpa mengira jantina dan kohort generasi.
AMALAN PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN DALAM INSTITUSI PENDIDIKAN Mua’azam Mohamad; Yahya Don; Muhamad Dzahir Kasa
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (699.849 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.650

Abstract

With the increasing demand in improving quality education system, the Malaysian Education Ministry has recently adopted a policy aimed at practicing continuous quality improvement (CQI) at all levels and across all states. The key goal is to achieve changes in practice which improve education outcomes. This paper includes the systematic literature review to describe the scenario of quality management practices in industry and quality improvement approaches at various levels in education systems. Several identified themes were discovered ie the importance of continuous improvement programs, quality management systems and readiness to implement the quality improvement practices. Future research should include the psychology aspects in testing the effectiveness of quality improvement practices.