Sanat Md. Nasir
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

ANALISIS KRITIS MAKNA RENDAH DAN MAKNA TINGGI DALAM KAMUS MALAYSIA DAN INDONESIA Sanat Md. Nasir
Proceedings Education and Language International Conference Vol 1, No 1 (2017): Proceedings of Education and Language International Conference
Publisher : Proceedings Education and Language International Conference

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Kertas kerja ini akan menganalisis secara kritis kata leksikal sebagai entri kamus yang mendukung  konsep makna rendah dan tinggi yang terdapat dalam kamus kedua-dua buah negara. Makna rendah merujuk kepada maksud makna yang biasa seperti cerdik dengan maksud yang mudah mengerti atau licik  manakala  makna tinggi pula dikaitkan dengan makna amalan agama seperti  cerdik dengan makna tinggi sebagai orang yang mengingati mati. Adakah bangsa yang serumpun dengan agama yang sama memperlihatkan persamaan dari segi makna rendah dan tinggi dalam kamus masing-masing? Kajian tentang isu ini masih baharu. Sanat (1998), (2015) dan (2016) membincangkan aspek ini dari pelbagai sudut, termasuklah hal yang berhubung dengan perbandingan kamus Kitab Pengetahuan Bahasa yang diusahakan oleh Raja Ali Haji pada pertengahan abad ke-19 dengan Kamus Dewan, dan perspektif pengguna tentang makna rendah dan tinggi dari pelbagai lapis masyarakat. Kajian ini menggunakan kerangka teori gabungan antara kerangka teori semantik leksikal melalui Model Semantik Paling Luas yang mengambil kira amalan agama dengan Model Wacana Mega. Model semantik dan wacana  ini merupakan turunan daripada ‘Teori’Atqakum Sanat (2005). Kertas kerja ini diharap dapat mengemukakan  dapatan perbandingan  tentang makna rendah dan tinggi dan manfaatnya dalam usaha memartabatkan kamus  masing-masing sesuai dengan perkembangan masyarakatnya.Kata kunci: kata leksikal, makna rendah, makna tinggi, semantik leksikal, semantik wacana