Tasnim Abdul Rahman
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Published : 4 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 4 Documents
Search

The Influence of Muhammad Abduh in Indonesia Ahmad Nabil Amir; Tasnim Abdul Rahman
International Journal Ihya' 'Ulum al-Din Vol 23, No 1 (2021)
Publisher : Universitas Islam Negeri (UIN) Walisongo Semarang, Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (499.515 KB) | DOI: 10.21580/ihya.23.1.7076

Abstract

Muhammad Abduh had a remarkably profound and lasting impact in Indonesia. His reformist ideas had a strong repercussion in the political and social landscape of the region. They were readily adopted by major Islamic movements, notably Muhammadiyah, al-Irshad and Persatuan Islam (Persis). Abduh’s Tafsir al-Manar deeply influenced some momentous works of Qur’anic exegesis, such as Tafsir al-Azhar, Tafsir al-Qur’an al-Karim, Tafsir al-Qur’an al-Madjid (Tafsir al-Nur), Tafsir al-Misbah and Tafsir al-Furqan. His Majallat al-Manar, which was planned and collaborated with Rashid Rida since 1898, highly inspired reform-oriented scholarship evident in journals such as al-Munir, and al-Dhakhirah al-Islamiyah. This study aims to analyze the influence of Abduh’s modernism in Indonesia. It attempts to discover the implication of his principle and philosophical tradition in the religious reform and modern movement in Indonesia. The method of study is based on qualitative approaches, using content analysis method. It was conducted based on library method to investigate the related data from primary and secondary sources. The data was analyzed using descriptive-analytical approaches, by way of inference (istisqa’) and deductive (istinbat) method. The paper concluded that Abduh had profound and extensive influence in the Archipelago, especially his impact on Islamic reform and renewal (islah and tajdid) in Indonesia.
RACHID GHANNOUCHI DAN PERANANNYA DALAM PERKEMBANGAN POLITIK ISLAM TUNISIA Ahmad Nabil Amir; Tasnim Abdul Rahman
Referensi Islamika: Jurnal Studi Islam Vol. 2 No. 2 (2024): DECEMBER
Publisher : Academic Bright Collaboration

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Artikel ini menyorot pemikiran politik Rachid al-Ghannouchi dalam konteks perkembangan harakat politik Islam dan proses demokrasi di Tunisia. Ia melihat idealisme politik yang dikembangkannya dalam pergerakan al-Nahdah berasaskan prinsip kebebasan dan keadilan dan kesannya terhadap perubahan yang tercetus oleh penentangannya terhadap rejim autokratik Habib Bourguiba (1957-1987) dan penerusnya Zine el-Abidine Ben Ali (1987-2011). Kajian ini bersifat kualitatif dalam bentuk tinjauan dokumenter dan analisis kandungan. Ia menerapkan pendekatan historis, deskriptif dan analitis dalam penganalisaan data dan materi yang diperoleh daripada sumber-sumber arkib yang terkait. Temuan kajian mendapati bahawa pergerakan al-Nahdah yang diasaskan bersama oleh al-Ghannouchi pada 1980 mempunyai pengaruh yang luas dalam, ranah politik Islam di Tunisia dalam konteks penentangannya terhadap saki-baki kolonialisme dan autoritarianisme dan ideologi politiknya yang bobrok. Pengaruh pemikiran yang dikembangkannya memberi impak yang mengesankan dalam menyatukan kekuatan-kekuatan Islam dan sekular yang berlandaskan prinsip hukum, ideal kebebasan dan demokrasi.
Pengaruh Islam dalam Sejarah Dunia: Kajian Kitab Fasl al-Maqal oleh Ibn Rushd Ahmad Nabil amir; Tasnim Abdul Rahman
Al-Wajih: The Journal of Islamic Studies Vol. 1 No. 2 (2024): Studi Keislaman
Publisher : Sekolah Tinggi Ilmu Tarbiyah Buntet Pesantren

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.54213/alwajih.v1i2.602

Abstract

Artikel ini bertujuan mengkaji pengaruh Abu’l-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Rushd (1126-1198) dalam mencetuskan kebangkitan dan pencerahan akliah di Eropah. Pengaruh dari falsafahnya yang ditulis dalam rangka kurun ke-6–12 Hijrah menzahirkan pengaruh dan kesan yang dramatik dalam pembikinan tamadun Eropa di kemuncak peradabannya pada kurun ke 18 M. Kesan sejarah yang fenomenal ini tertegak dan dizahirkan dalam pandangan dan kebudayaan yang berkembang di dunia Barat. Kajian ini dirangka berasaskan pendekatan kualitatif dari jenis tinjauan pustaka dan analisis isi. Data diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder dan diolah secara deskriptif dan analitis, dengan teknik taakulan yang bersifat tematis, hermeneutis, sintesis, dan historis. Dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran dan idealisme yang dicetuskan oleh karya-karya besar Ibn Rushd terutamanya Fasl al-maqal, telah menghasilkan perubahan radikal dalam masyarakat Eropah. Pemikiran yang dirumuskannya telah mengangkat tamadun baru dan menzahirkan kekuatan yang meyakinkan dalam sejarah dan kebudayaan Andalusia. Artikel ini mendiskripsikan pengaruh yang monumental dari tulisannya yang penting ini dalam tradisi sejarah dan keilmuan Islam di Eropa
PENGARUH ISLAM DALAM SEJARAH DUNIA: KAJIAN KITAB FASL AL-MAQAL OLEH IBN RUSHD Ahmad Nabil Amir; Tasnim Abdul Rahman
MIYAH: Jurnal Studi Islam Vol. 21 No. 02 (2025): AGUSTUS
Publisher : Universitas Kiai Abdullah Faqih Gresik

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.33754/miyah.v21i02.1713

Abstract

Makalah ini bertujuan mengkaji pengaruh Abu’l-Walid Muhammad ibn Ahmad ibn Rushd (1126-1198) dalam mencetuskan kebangkitan dan pencerahan akliah di Eropah. Pengaruh dari falsafahnya yang ditulis dalam rangka kurun ke-6–12 Hijrah menzahirkan pengaruh dan kesan yang dramatik dalam pembikinan tamadun Eropah di kemuncak peradabannya pada kurun ke 18 M. Kesan sejarah yang fenomenal ini tertegak dan dizahirkan dalam pandangan dan kebudayaan yang berkembang di dunia Barat. Kajian ini dirangka berasaskan pendekatan kualitatif dari jenis tinjauan pustaka dan analisis isi. Data diperoleh dari sumber-sumber primer dan sekunder dan diolah secara deskriptif dan analitis, dengan teknik taakulan yang bersifat tematis, hermeneutis, sintesis, dan historis. Dapatan kajian mendapati bahawa pemikiran dan idealisme yang dicetuskan oleh karya-karya besar Ibn Rushd terutamanya Fasl al-maqal, telah menghasilkan perubahan radikal dalam masyarakat Eropah. Pemikiran yang dirumuskannya telah mengangkat tamadun baru dan menzahirkan kekuatan yang meyakinkan dalam sejarah dan kebudayaan Andalusia. Makalah ini melukiskan pengaruh yang monumental dari tulisannya yang penting ini dalam tradisi sejarah dan keilmuan Islam di Eropah.