This Author published in this journals
All Journal Neo-Bis
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

MANUAL TAKSIRAN ZAKAT DI MALAYSIA Zahri Hamat
Neo-Bis Vol 11, No 1 (2017): JUNI
Publisher : Trunojoyo University of Madura

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.21107/nbs.v1i1.2955

Abstract

Manual Taksiran Zakat di Malaysia diterbitkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) bertujuan untuk menyeragamkan kaedah taksiran zakat harta di Malaysia. Hal ini kerana pelbagai kaedah taksiran yang diamalkan oleh Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) di Malaysia khususnya kaedah taksiran zakat perniagaan. Persoalannya, apakah kaedah taksiran zakat perniagaan yang dicadangkan dalam Manual Taksiran Zakat Di Malaysia untuk diamalkan oleh MAIN di Malaysia? Bagaimanakah kaedah taksiran zakat perniagaan itu boleh dibuat penambahbaikan dengan mengambil kira perkembangan pelbagai bentuk perniagaan pada masa kini? Dengan menggunakan analisis kandungan ke atas data primer dan data sekunder, dapatan kajian mempamerkan bahawa pertama, kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan modal kerja terselaras telah dibahaskan secara detail dalam Manual Taksiran Zakat di Malaysia. Kedua, cendekiawan zakat di Malaysia pula berpendapat bahawa kaedah taksiran zakat perniagaan berasaskan pendapatan boleh diamalkan oleh MAIN sebagai satu kaedah alternatif. Implikasinya ialah, sesuatu perniagaan yang memperoleh keuntungan sahaja yang akan diwajibkan zakat dan dengan itu manfaat di bawah peruntukan seksyen 44(1), Akta Cukai Pendapatan 1967 dapat dinikmati.