This Author published in this journals
All Journal AT TA´DIB
Mohd Roslan Mohd Nor dkk
Fakultas Tarbiyah Universitas Darussalam Gontor

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Pembantu Rumah Wanita Indonesia di Malaysia: Masalah dan Cabaran Mohd Roslan Mohd Nor dkk
At-Ta'dib Vol 7, No 1 (2012): Teori Pendidikan
Publisher : Fakultas Tarbiyah, Universitas Darussalam Gontor

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.21111/at-tadib.v7i1.530

Abstract

Hubungan diplomatik yang terjalin di antara Malaysia dan Indonesia seringmengalami pasang dan surutnya. Walaupun begitu, kesedaran pemimpin keduaduabuah negara khususnya bagi mengekalkan hubungan tersebut telahmenyebabkan pelbagai usaha dilakukan dalam menyelesaikan pelbagai isu yangmendatang. Hal ini termasuklah isu-isu yang berkaitan dengan hal-halkemasyarakatan dan ekonomi. Ini kerana kemakmuran sesebuah negara adalahbergantung kepada kesejahteraan rakyatnya di mana hak-hak mereka mestilahdipenuhi dan keadilan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Namun sehinggakini, isu atau masalah mengenai pembantu rumah wanita warganegara Indonesiakhususnya yang bekerja di Malaysia masih lagi hangat diperkatakan. Secarapuratanya, lebih daripada 90% pembantu rumah di Malaysia adalah merupakanwarganegara Indonesia. Sepertimana laporan yang dikeluarkan oleh HumanRights Watch (HRW) suatu ketika dahulu, beribu-ribu pembantu rumah Indonesiayang bekerja di Malaysia menghadapi penderaan dan dalam kesengsaraandisebabkan polisi-polisi kerajaan di kedua-dua negara yang gagal untuk memberiperlindungan kepada mereka. Begitu juga dengan laporan HRW yang telahmendokumentasikan bagaimana pada kebiasaannya mereka akan bekerja tanparehat selama 16 hingga 18 jam sehari, 7 kali seminggu dan meraih pendapatanyang kurang daripada AS $0.25 sejam. Namun tidak kurang juga bagi sesetengahkes yang melibatkan kecurian dan kezaliman yang dilakukan terhadap majikanmereka di atas kepercayaan yang diberikan. Oleh yang demikian, skop perbincangan yang akan dilaksanakan bagi kertas kerja ini adalah masalah dancabaran yang dihadapi sepertimana yang telah dibincangkan sebelum ini danhak-hak pekerja khususnya wanita. Begitu juga dengan usaha-usaha yang dilakukanoleh kedua-dua buah negara dalam mengatasi hal tersebut dan kepentinganmenjalinkan hubungan yang harmoni di antara kedua-dua buah negara.
Pengaplikasian Ruangan Tawarikh Di Dalam Subjek Sejarah Sebelum Kemerdekaan Malaysia: Tumpuan Terhadap Majalah Guru Mohd Roslan Mohd Nor dkk
At-Ta'dib Vol 8, No 1 (2013): Tantangan Pendidikan Islam
Publisher : Fakultas Tarbiyah, Universitas Darussalam Gontor

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.21111/at-tadib.v8i1.519

Abstract

Artikel ini membincangkan mengenai aplikasi ruangan Tawarikh yangterdapat di dalam Majalah Guru sebagai medium bagi rujukan pelajar, guru danjuga masyarakat amnya. Penulisan artikel ini menggunakan metod pengumpulandata iaitu penyelidikan perpustakaan, metode dokumentasi dan akhir sekaliapabila semua data yang diperlukan sudah dikumpul maka olahan danpenganalisaan data dilakukan. Kesimpulan yang dapat dibuat dari penulisanartikel ini ialah, kemunculan persekutuan guru-guru Melayu pada dekad 20-antelah menjadikan Majalah Guru sebagai sumber rujukan selain buku teks yangdisediakan pada ketika itu bagi mata pelajaran sejarah. Ini menunjukkan bahawamajalah juga dijadikan sebagai sumber sejarah sepertimana yang telah disebutkanoleh Khoo Kay kim (1979).