Ahmad Mujahid Abdullah
UKM

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Metodologi al-Istifadhah (kemasyhuran) dan al-Tasahul (kelonggaran) dalam Kitab Barzanji. Ahmad Mujahid Abdullah
Dirosat : Journal of Islamic Studies Vol 2, No 1 (2017): Dirosat: Journal of Islamic Studies
Publisher : Institut Dirosat Islamiyah Al-Amien Prenduan Sumenep

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (268.093 KB) | DOI: 10.28944/dirosat.v2i1.43

Abstract

Kitab Barzanji atau nama sebenarnya Iqd al-Jauhar fi Maulid al-Nabiy al-Azhar yang menjadi warisan kesenian Arab diamalkan di Tanah Melayu dikritik dan dikecam kerana menukilkan cerita sirah Nabawiyyah yang lemah sumber kesahihannya. Semenjak bermulanya penulisan dalam tamadun bangsa Arab pada kurun ke-2H, cerita sirah Nabawiyyah yang dinukilkan sejarawan Arab sehingga sekarang adalah maklumat dan cerita yang  hampir sama dinukilkan oleh pengarang Kitab Barzanji. Selaras dengan fakta tersebut, artikel  ini cuba menjelaskan metodologi sejarawan Arab dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat dan berita yang diterima khususnya cerita sirah Nabawiyyah. Artikel ini juga cuba menjelaskan metodologi penulisan persejarahan dalam kalangan sejarawan Arab di awal kurun ke-2H. Daripada sumber premier persejarahan bangsa Arab dan juga sumber sekunder yang digunakan, hasilan penyelidikan ini menjelaskan bahawa Kitab Barzanji atau  Iqd al-Jauhar fi Maulid al-Nabiy al-Azhar mengunakan metodologi al-istifdhah (kemasyhuran)  selepas al-Quran dan Sunnah yang sahih dalam menentukan kesahihan sesuatu maklumat dan cerita  yang sukar dinilai kesahihannya. Dapatan juga menunjukkan bahawa sejarawan Arab di awal kurun ke-2H menggunakan metodologi al-Tasahul (kelonggaran) dalam penulisan maklumat dan cerita persejarahan  yang sukar dinilai kesahihannya. Terutamanya maklumat dan cerita yang tidak menyentuh persoalan aqidah.