Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar
Universiti Sultan Zainal Abidin

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

TERAPI JIWA MENURUT AL GHAZALI: TUMPUAN KEPADA AMALAN DAN KEPENTINGAN TAFAKUR Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin; Syed Hadzrullatfi bin Syed Omar; Mohd Safri Bin Ali; Shaiful Bahari bin Abdullah
TAMADDUN : Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan Vol 21 No 2 (2020): Tamaddun Jurnal Pendidikan dan Pemikiran Keagamaan
Publisher : Program Studi Pendidikan Agama Islam Fakultas Agama Islam Universitas Muhammadiyah Gresik

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.30587/tamaddun.v21i2.2115

Abstract

Abstrak: Tafakur adalah satu amalan yang amat penting dalam menyediakan jiwa yang sejahtera dan boleh disifatkan sebagai kunci kepada segala amal salih sama ada amal zahir atau amal batin. Ini adalah kerana sesuatu amalan tidak akan dapat dilaksanakan dengan sempurna melainkan kebaikannya dapat dilihat terlebih dahulu dengan jelas di dalam hati. Kejelasan kebaikan sesuatu amalan akan terserlah menerusi amalan tafakur yang akan menjadikan hati terang diselubungi nur makrifat. Dari sudut yang lain tafakur memperlihatkan kepentingan ilmu kasbi yang kebiasaannya diperolehi menerusi cara belajar dan membaca. Amalan tafakur tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan berkesan tanpa kewujudan premis ilmu yang menjadi asas untuk membuahkan ilmu yang baru. Bertitik tolak dari ilmu ini akan mencetuskan perubahan ahwal hati yang akan membawa kepada peningkatan kuantiti dan kualiti amalan sama ada zahir atau batin yang melayakkan seseorang disifatkan sebagai hamba Allah SWT yang sebenar.Kata Kunci: terapi jiwa, al-ghazali, tafakur