Wan Anor Bin Wan Sulaiman
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Kurang Celik Akal Pencetus Kepada Penagihan Dadah dalam kalangan Remaja Nazri Daud; Wan Anor Bin Wan Sulaiman
Asian Social Work Journal Vol 6 No 5 (2021)
Publisher : Asian Social Work Journal

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.47405/aswj.v6i5.187

Abstract

Generasi muda merupakan modal insan yang amat penting kepada kesejahteraan dan pembangunan negara. Penglibatan golongan ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah telah mengancam keselamatan dan kemakmuran negara, malahan menjejaskan perkembangan sahsiah diri remaja ke alam dewasa. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis sejauh mana tahap ‘celik akal’ terhadap pengetahuan dadah dan kesannya dalam kalangan penagih remaja. Pengkaji mengaplikasikan pendekatan kualitatif melalui temu bual separuh berstruktur untuk memperoleh data. Kajian kes digunakan untuk meneroka dan memahami fenomena yang berlaku berdasarkan perspektif peserta kajian. Seramai enam orang remaja yang dikenal pasti mempunyai rekod penyalahgunaan dadah dan berusia di antara 13-18 tahun telah dipilih sebagai peserta kajian melalui persampelan bertujuan. Dapatan diperolehi menunjukkan ‘celik akal’ terhadap dadah yang dimiliki oleh penagih remaja adalah bersifat umum iaitu sekadar cuma mengetahui dadah itu bahan bahaya, menimbulkan ketagihan serta memberikan kesan fizikal dan psikologikal. Sumber maklumat dadah berdasarkan pengalaman mereka sendiri sebagai seorang penagih dadah sebelum ini dan melalui kawan-kawan. Kajian ini memberi implikasi ke arah memperkasakan modul pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan remaja oleh pihak berkepentingan dengan menyebarluaskan segala maklumat melalui percambahan pengetahuan dadah dan kesan yang tepat serta betul sebagai instrumen utama untuk membanteras masalah penyalahgunaan dadah di Malaysia.