Wan Anor Wan Sulaiman
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Strategi Daya Tindak Belia Pelbagai Etnik Dalam Mengatasi Penagihan Semula Dadah, di Sabah Mohd Hafizan Muamat Husin; Wan Anor Wan Sulaiman
Asian Social Work Journal Vol 6 No 5 (2021)
Publisher : Asian Social Work Journal

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.47405/aswj.v6i5.191

Abstract

Penagihan semula di kalangan bekas penagih dadah bukanlah suatu isu baru. Usaha ini telah lama giat dijalankan sejak penagihan dadah dianggap satu masalah serius bersifat epidemik sejak tahun 70-an lagi. Strategi daya tindak yang pelbagai di kalangan penagih dadah yang tidak dilakukan secara betul menyebabkan mereka tidak dapat mengelak dari terjebak semula dengan dadah. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui strategi daya tidak belia pelbagai etnik untuk mengatasi masalah penagihan semula dan melihat hubungan antara strategi daya tindak antara belia pelbagai etnik dalam usaha untuk mengurangkan penagihan semula. Kajian ini dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan soal selidik. Subjek kajian adalah terdiri daripada belia yang pernah terlibat dengan pemulihan dadah di pusat-pusat pemulihan. Seramai 63 orang telah terlibat dalam kajian ini. Kajian ini telah dijalankan melibatkan bekas penagih di Papar dan Beaufort. Kaedah persampelan yang digunakan ialah sampel bertujuan yang melibatkan 63 orang belia berumur 18 – 35 tahun dari kawasan-kawasan yang terpilih sahaja seperti dari Papar dan Beaufort. Dalam kajian ini, alat kajian yang digunakan ialah ‘Drug Avoidance Sel-Efficacy Scale’ diasaskan oleh Martin (1992). Inventori yang digunakan dalam kajian ini menyenaraikan 16 soalan strategi daya tindak mengawal diri daripada terlibat dengan dadah. Hasil kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhan rata-rata sampel kajian mempunyai kemampuan strategi daya tindak positif yang agak tinggi dan tahap coping adalah sederhana. Kajian ini juga menunjukkan setiap etnik mempunyai cara strategi yang berbeza untuk mengatasi masalah mereka apabila berhadapan dengan situasi bermasalah yang mendorong mereka untuk mengambil dadah semula.