S. Salahudin Suyurno
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

KOMUNIKASI BERAKHLAK PRA SYARAT HUBUNGAN SEMPURNA: Aplikasi di Rantau Melayu S. Salahudin Suyurno
Nusantara Journal for Southeast Asian Islamic Studies
Publisher : Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.24014/nusantara.v15i2.10614

Abstract

Hebatnya al-Quran sebagai panduan hidup manusia sejagat. Hampir 1/5 daripada ayat-ayatnya memperihalkan secara langsung berkenaan akhlak manusia. Akhlak terpuji membawa rahmat tidak terperi kepada umta manusia sejagat. Hal ini menjelaskan betapa akhlak yang sempurna dititikberatkan oleh Islam. Manusia dan komunikasi tidak boleh dipisahkan, bahkan dalam diam mereka turut berkomunikasi. Begitu juga dengan akhlak, dalam setiap aktiviti manusia ia mesti menjadi tunjang utama. Pekerjaan dipandang mulia jika dilaksana dengan berakhlak, begitujuga dengan komunikasi sesama manusia. Akhlak dapat diertikan dimaksudkan sebagai keperibadian, sahsiah dan sifat-sifat yang merujuk kepada perbuatan mulia. Kertas kerja konseptual ini membincangkan maksud akhlak, komunikasi sesama manusia serta kedudukan akhlak dalam komunikasi khususnya dalam masyarakat Melayu. Dapatan kajian merumuskan bahawa akhlak komunikasi menjadi para syarat kepada ujudnya hubungan yang sejahtera sesama manusia. Namun dalam zaman mutakhir ini didapati terlalu ramai manusia meminggirkan akhlak ketika berkomunikasi lantas wujudlah hubungan yang sumbang serta canggung dalam komunikasi sesama mereka