Izzah Nur Aida bt. Zur Raffar
Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Melaka

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

PENDIDIKAN KOMUNIKASI DAN MEDIA SOSIAL TERHADAP REMAJA DALAM KELUARGA DI PUTRAJAYA Izzah Nur Aida bt. Zur Raffar
Nusantara Journal for Southeast Asian Islamic Studies
Publisher : Universitas Islam Negeri Sultan Syarif Kasim Riau

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.24014/nusantara.v15i2.10615

Abstract

Remaja merupakan aset negara yang penting. Namun demikian, pelbagai masalah dan isu keruntuhan akhlak yang berlaku dalam kalangan remaja masa kini seperti ponteng sekolah, merokok, menagih dadah, buli, mencuri, hamil luar nikah, ketagihan seks dan pornografi perlu diberi solusi berpandukan kaedah pendidikan dalam Islam. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengkaji pendidikan komunikasi dan media sosial yang diterapkan oleh ibu bapa terhadap anak remaja dalam keluarga di Putrajaya. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik terhadap 384 responden yang dipilih secara bertujuan dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak remaja di Putrajaya. Manakala, data dianalisis dengan teknik statistik deskriptif menggunakan SPSS versi 22. Hasil kajian mendapati antara pendidikan komunikasi dalam media sosial yang dilakukan oleh responden terhadap anak remaja adalah dengan memastikan anak berkomunikasi menggunakan bahasa positif, sopan dan bermoral meskipun dalam media sosial (99.7%), memastikan anak memiliki bahan bacaan yang sihat dan bermanfaat daripada internet (99.2%) dan mendidik anak agar menilai maklumat yang diterima daripada media sosial (96.8%). Implikasi kajian ini dapat membantu ibu bapa memperkukuh ilmu kemahiran keibubapaan yang cemerlang seterusnya mengaplikasikannya dalam proses mendidik anak remaja dalam keluarga. Sementara itu, kajian ini turut memberi sumbangan ilmu kepada pihak bertanggungjawab seperti Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan NGO terlibat bagi menguruskan program pembangunan keibubapaan, kekeluargaan dan remaja secara lebih berkesan.