Nortamziah Pauzi
School of Education and Modern Languages,College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Hubungan Kepimpinan Guru Dan Gaya Pengurusan Disiplin Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Nortamziah Pauzi; Mua azam Mohamad
Proceedings of The ICECRS Vol 3 (2019): Global Education: Perspectives, Innovations, Issues, and Challenges
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.21070/icecrs.v3i0.141

Abstract

Kepimpinan guru telah menjadi topik perbincangan dalam usaha untuk meningkatkan profesionalisme keguruan. Di samping itu isu disiplin yang melibatkan warga sekolah turut menjadi berita sensasi untuk dibincangkan secara meluas oleh media cetak dan juga media elektronik. Maka kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan guru dan gaya pengurusan disiplin guru sekolah melibatkan guru-guru sekolah menengah yang terpilih. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian tinjauan menggunakan soal selidik Teacher Leadership Competency Model (TLCM) dan Inventori Lima Jenis Stail Disiplin Guru (The Teacher Discipline Five-Style Inventori) bagi mengumpul data kuantitatif kajian. Dapatan menunjukkan bahawa pengamalan kepimpinan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya pengurusan disiplin perundingan berbanding gaya penguatkuasaan (Enforcer), penyerahan (Abdicator), penyokong (Supporter), kompromi (Compromiser). Implikasi kajian adalah guru perlu mengenal pasti tahap kepimpinan guru dalam diri dan gaya pengurusan yang perlu disesuaikan berdasarkan situasi pelajar yang dihadapi di sekolah.