Juliana Baharuddin
Universiti Utara Malaysia

Published : 3 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 3 Documents
Search

HUBUNGAN ANTARA GAYA PENGAJARAN GURU DENGAN TAHAP PONTENG SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH BACHOK, KELANTAN Ainonmadiah Mohd. Nawawi; Awanis Mohd; Norhana Md. Saad; Juliana Baharuddin; Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1248.995 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.503

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan aliran mata pelajaran dan hubungan gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 373 responden(127 lelaki dan 216 perempuan) iaitu pelajar dari 5 buah sekolah di daerah Bachok, Kelantan. Instrumen kajian ini ialah Model Gaya Pengajaran Guru (Teaching Style Survey) yang dibangunkan oleh Grasha – Riechmann 1996 Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif, ujian – t dan kekerapan digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang dijalankan. Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 22. Dapatan kajian ini mendapati kategori gaya pengajaran yang paling dominan diamalkan oleh guru ialah gaya pengajaran Model Personal diikuti oleh gaya pengajaran Delegator, gaya pengajaran Pakar, gaya pengajaran Autoriti Formal dan gaya pengajaran Fasilitator. Manakala, min tahap ponteng pelajar adalah pada tahap sederhana. Ujian- t menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran berdasarkan jantina dan terdapat hubungan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan aliran mata pelajaran. Manakala ujian-t juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ponteng berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng pelajar. Didapati nilai korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng (r=.062, p> 0.01). Akhir sekali beberapa cadangan dikemukan untuk kajian lanjut .
PENGURUSAN KRISIS DI SEKOLAH DAN HUBUNGANNYA DENGAN KOMITMEN GURU SEKOLAH MENENGAH DINEGERI KELANTAN Juliana Baharuddin; Norhana Mohammad Saad; Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (875.745 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.595

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat pengurusan krisis dan hubungannya dengan komitmen guru. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 375 orang guru daripada sekolah-sekolah menengah di negeri Kelantan. Pengurusan krisis merupakan salah satu prinsip dalam Konsep Sekolah Selamat. Instrumen kajian ini menumpukan kepada pengurusan krisis ketidakhadiran pelajar ke kelas tambahan. Instrumen komitmen guru pula menggunakan Organizational Commitment Questionnaire (OCQ) atau instrumen komitmen keorganisasian Allen dan Meyer (1990) yang telah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia. Segala data dan butiran yang dikumpul dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) Versi 22.0. Analisis data dijalankan menggunakan Ujian Min Deskriptif, Ujian-t, ANOVA Satu Hala dan Korelasi Pearson. Dapatan kajian mendapati tahap pengurusan krisis guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan adalah pada tahap yang tinggi dan terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan krisis dengan kategori jawatan guru di sekolah. Tahap komitmen guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan pula adalah pada tahap yang sederhana. Ujian-t yang dijalankan menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan komitmen guru antara guru lelaki dan guru perempuan di sekolah- sekolah menengah di negeri Kelantan. Hasil dapatan daripada Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan pengurusan krisis dengan tiga dimensi komitmen yang dibincangkan dalam kajian ini iaitu komitmen afektif, komitmen berterusan dan komitmen normatif guru-guru sekolah menengah di negeri Kelantan. Pengkaji mencadangkan agar kajian lanjutan dijalankan melibatkan sekolah rendah kebangsaan, sekolah rendah jenis kebangsaan, sekolah menengah jenis kebangsaan dan sekolah kerajaan negeri agar maklumat yang menyeluruh berkaitan pengurusan krisis dan komitmen guru di negeri Kelantan dapat digambarkan dengan lebih komprehensif. Akhir sekali, dapatan ini telah memberikan percambahan ilmu dalam bidang pengurusan krisis dan juga komitmen guru untuk dilaksanakan di sekolah
HUBUNGAN ANTARA TAHAP KOMPETENSI FUNGSIONAL GURU DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DI NEGERI KELANTAN Norhana Mohamad Saad; Juliana Baharuddin; Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (832.999 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.602

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan. Sejumlah 375 orang guru sekolah menengah di negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini. Instrumen soal selidik tahap kompetensi fungsional diadaptasi daripada Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah digunakan untuk mengumpul data. Dalam kajian ini data dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Package of Sosial Science (SPSS) version 21. Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan statistik inferensi. Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan. Keputusan kajian juga menunjukkan dimensi kompetensi iaitu pengetahuan dan kemahiran fungsional guru menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Tahap kompetensi fungsional guru di sekolah menengah di negeri Kelantan berada pada tahap tinggi. Tahap pencapaian akademik pelajar pula berada pada tahap sederhana. Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kelestarian kompetensi fungsional guru dan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.