Hasliza Ibrahim
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

IKLIM SEKOLAH DAN KOMITMEN GURU DI SEKOLAH AGAMA BANTUAN KERAJAAN (SABK) NEGERI KELANTAN Mohamad Adnan Bin Mohamad Kasim; Siti Noor Ismail; Suhaila Mohammad; Hasliza Ibrahim
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (772.842 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.543

Abstract

Program Pendaftaran Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Sekolah Agama Negeri (SAN) adalah satu usaha murni kerajaan untuk membantu dan memperkasakan sekolah-sekolah agama di Malaysia. Artikel ini bertujuan untuk mengetahui tahap iklim sekolah dan komitmen guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di negeri Kelantan. Artikel ini penting kerana kedua-dua variabel terlibat adalah merupakan aset utama danterkandung dalam anjakan keempat PPPM 2013-2025. Sebanyak 9 buah sekolah telah dipilih secara rawak dari 3 daerah iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, dan Tanah Merah. Seramai 217 responden terlibat dalam menjawab soal selidik yang diedarkan, dari jumlah populasi seramai 497 orang. Penganalisaan data dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah analisis yang terdapat dalam program Statistical Package For The Social Sciences (SPSS). Instrumen yang digunakan dalam artikel ini adalah instrumen iklim sekolah, School level environment Questionnaire (SLEQ) yang dibina oleh Johnson, Steven & Zvoch (2007) manakala instrumen komitmen guru ini telah dibuat adaptasi oleh Lei Mee, Thien, Nordin dan Ramayah (2014). Dapatan artikel ini menunjukkan tahap komitmen dan iklim sekolah berada pada tahap yang tinggi serta terdapatnya hubungan yang kuat antara iklim sekolah dengan komitmen guru SABK di negeri Kelantan. Adalah diharapkan hasil artikel ini dapat digunakan sebagai rujukan khususnya kepada para pentadbir sekolah ke arah meningkatkan pencapaian, keberkesanan pentadbiran dan pengurusan sekolah. Kualiti pentadbiran dan pengurusan sekolah perlu sentiasa dikaji, diteliti dan ditingkatkan demi merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan sistem pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
IKLIM SEKOLAH DAN EFIKASI KENDIRI DALAM KALANGAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING SEKOLAH MENENGAH DI KELANTAN Hasliza Ibrahim; Siti Noor Ismail; Mohamad Adnan Mohamad Kassim; Suhaila Mohamad
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (526.442 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.646

Abstract

Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara iklim sekolah dan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling di negeri Kelantan. Responden kajian adalah terdiri daripada 181 orang guru bimbingan dan kaunseling Sekolah Menengah di negeri Kelantan. Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang guru bimbingan dan kaunseling di daerah Tanah Merah. Secara spesifiknya, kaedah kuantitatif digunakan untuk tujuan pengumpulan data. Maklum balas melalui soal selidik telah diperolehi dan seterusnya data dianalisis menggunakan Perisian Program SPSS 20.0 yang mana melibatkan nilai Min, Sisishan Piawai, ujian t dan korelasi Pearson. Instrumen yang digunakan didalam kajian ini diambil dan diubahsuai dari soal selidik Tahap Persekitaran sekolah (SLEQ) oleh Johnson dan Steven (2007). Instrumen bagi mengukur efikasi guru bimbingan dan kaunseling pula menggunakan instrumen yang diambil daripada School Counselor Self Efficacy Scale (SCSE) yang diadaptasi daripada Bodenhorn & Skaggs(2005). Dapatan daripada ujian korelasi Pearson menunjukkan iklim sekolah mempunyai hubungan yang signifikan dengan efikasi guru bimbingan dan kaunseling. Dapatan kajian juga menunjukkan dimensi perhubungan pelajar mempunyai hubungan yang paling kuat berbanding dimensi lain dengan efikasi kendiri guru bimbingan dan kaunseling. Seterusnya dapatan kajian ini juga mendapati bahawa iklim sekolah merupakan peramal kepada efikasi guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Akhir sekali, implikasi kajian diperincikan agar ianya dapat memberikan sumbangan kepada bidang ilmiah penyelidikan pendidikan.