Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

HUBUNGAN IKLIM SEKOLAH DAN STRES GURU SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA NERUS, TERENGGANU Mohd Faizul Mohd Noor; Mohd Saifulkhair Omar; Fauzi Hussin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (697.503 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.573

Abstract

Iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru amat penting dalam memastikan kelancaran perjalanan organisasi di sekolah. Namun begitu iklim sekolah yang berada pada kedudukan yang membimbangkan yang seterusnya akan mempengaruhi stres guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti min tahap iklim sekolah dan stres guru dalam kalangan guru di sekolah. Secara khususnya kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap iklim sekolah, tahap stres guru di samping meneliti perbezaan min stres guru berdasarkan faktor demografi iaitu jantina. Kaedah penyelidikan yang digunakan ialah kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Dalam kajian ini, iklim sekolah diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Pashiardis (2000) yang mengandungi empat (4) dimensi, iaitu komunikasi (9 item), kerjasama (7 item), pentadbiran & organisasi (8 item) serta murid (6 item) dengan menggunakan skala Likert 5 point dengan skor skala 1 untuk sangat tidak setuju hingga skor 5 untuk sangat setuju. Manakala konsep stres diukur dengan menggunakan instrumen yang telah dibentuk oleh Conley (2000) yang mengandungi 5 item dengan menggunakan 5 skala Likert dengan skor 1 untuk tidak pernah hingga 5 untuk selalu. Seramai 105 ( L= 17, P = 88) sampel yang terdiri dari guru-guru sekolah menengah di daerah Kuala Nerus terlibat dalam kajian ini. Data dianalisis dengan statistik min, Ujian-t bebas dan kolerasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan min stres guru berdasarkan faktor jantina guru. Bagaimanapun dapatan menunjukkan terdapat hubungan negatif di antara iklim sekolah dan stres guru berdasarkan iklim sekolah. Kesimpulannya kajian ini menghasilkan satu kerangka teori yang signifikan bagi menunjukkan bahawa iklim sekolah mempengaruhi stres guru sekolah menengah.
PENGARUH IKLIM ORGANISASI TERHADAP KEPUASAN KERJA GURU DI SEKOLAH MENENGAH DALAM DAERAH KUALA TERENGGANU Khaziah Abdul Aziz; Fauzi Hussin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (942.398 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.575

Abstract

Iklim organisasi dan kepuasan kerja guru memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Ianya juga untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara iklim organisasi sekolah berkenaan berdasarkan pandangan guru dengan kepuasan kerja guru. Ianya juga bertujuan untuk mengenal pasti dimensi iklim organisasi yang mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kaedah yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan data diperolehi daripada kaedah soal selidik yang menggunakan Skala Likert lima mata. Instrumen Organizational Climate Description Questionnaire (OCDQ-RS) yang telah dibangunkan oleh Hoy et al. (1968) digunakan untuk mengukur iklim organisasi. Manakala instrumen Teacher Job Satisfaction Questionnaire (TJSQ) yang dibangunkan oleh Lester (1987) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja guru. Sampel kajian terdiri daripada 252 orang guru dari 9 buah sekolah menengah dalam Daerah Kuala Terengganu. Sampel kajian dipilih secara rawak mudah berstrata. Data yang diproses melibatkan statistik deskriptif iaitu pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan peratusan. Data juga diproses menggunakan statistik inferensi iaitu Ujian-T, ANOVA Sehala, Pekali Korelasi Pearson dan Regresi. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan iklim organisasi mengikut kategori sekolah, tetapi menunjukkan perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut kategori sekolah. Berdasarkan kajian, tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap iklim organisasi mengikut kategori umur. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan tahap kepuasan kerja guru mengikut jantina. Hasil kajian juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap iklim organisasi dengan tahap kepuasan kerja guru. Berdasarkan kepada dapatan kajian, beberapa cadangan kepada sekolah, guru-guru dan pengkaji pada masa akan datang boleh dibuat bagi mempertingkatkan lagi tahap iklim organisasi dan juga kepuasan kerja guru di sekolah.