Ruuhina Mohd Sani
Universiti Utara Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

PEMBINAAN KERANGKA STANDARD KOMPETENSI LITERASI ICT KEBANGSAAN: KAJIAN DELPHI Ruuhina Mohd Sani
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1235.764 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.585

Abstract

Kajian ini bertujuan membincangkan penggunaan teknik Delphi dalam mengenal pasti kompetensi literasi ICT bagi pembangunan standard kompetensi literasi ICT kebangsaan bagi guru-guru Malaysia. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, menerusi bab ke-enam PPPM iaitu Transformasi Kementerian menerusi ICT dalam Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia bertekad untuk meningkatkan kesan pembelajaran murid serta memastikan murid-murid tidak hanya belajar menggunakan ICT tetapi juga boleh memanfaatkannya secara berkesan. Oleh yang demikian, kementerian telah memperuntukkan jumlah yang besar bagi mencapai sasaran tersebut. Namun, melalui pelbagai kajian mengenai tahap kompetensi guru yang telah dilakukan, didapati tahap kompetensi guru masih rendah. Oleh itu, standard kompetensi literasi ICT bagi guru-guru yang bersesuaian dengan sistem pendidikan negara perlu dibina sebagai panduan di peringkat kementerian untuk membantu guru merancang tugasan mereka samada di dalam kelas atau dalam menyelesaikan tugasan rasmi seharian. Teknik Delphi adalah satu pendekatan yang digunakan untuk mendapatkan pandangan yang konsensus daripada pakar mengenai sesuatu permasalahan. Teknik Delphi adalah satu kaedah kajian yang melibatkan beberapa pusingan soal selidik. Kajian ini akan mengaplikasikan teknik Delphi yang melibatkan seramai 20 orang pakar terdiri daripada pegawai dari Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah, pensyarah Institut Pendidikan Guru, guru sekolah rendah serta guru sekolah menengah di Terengganu. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan pandangan konsensus dari panel pakar tentang apakah kompetensi ICT yang penting yang perlu dikuasai oleh guru di Malaysia.