Ruzlan Md Ali
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

PENGGUNAAN GEOGEBRA DALAM PEMBELAJARAN MATEMATIK MELALUI PEMBELAJARAN MODULAR Khor Mui Kim; Ruzlan Md Ali
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (781.181 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.591

Abstract

Pengetahuan guru matematik dan tahap penggunaan teknologi yang rendah boleh menjejaskan keberkesanan pembelajaran dan menjadikan penguasaan konsep matematik yang kurang bermakna dalam kalangan murid. Penyelidik menjalankan kajian dengan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan ujian pos ke atas 93 murid tingkatan dua di sekolah menengah harian di Malaysia yang dipecahkan kepada satu kumpulan kawalan dan dua kumpulan eksperimen. Responden kumpulan kawalan mengikuti PdP dengan pendekatan konvensional manakala responden kumpulan eksperimen menerima rawatan (penggunaan perisian GeoGebra) dengan pendekatan pembelajaran modular berlandaskan projek dan penyelesaian masalah. Penyelidik menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk membandingkan pencapaian responden kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam penyelesaian masalah matematik berunsur KBAT. Data kuantitatif dikutip melalui instrumen ujian iaitu Ujian Topikal 1 (Ujian Pra), Ujian Topikal 2 (Ujian Pos), Ujian Keupayaan Visualisasi Spasial 1 (Ujian Pra), Ujian Keupayaan Visualisasi Spasial 2 (Ujian Pos), manakala data kualitatif dikutip melalui temu bual bersama tiga guru matematik yang melaksanakan PdP ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, temu bual bersama responden kumpulan kawalan dan responden kumpulan eksperimen. Selain itu, rakaman video ke atas PdP pendekatan konvensional dan PdP pendekatan perisian dinamik GeoGebra juga dilakukan untuk dianalisis data kualitatif. PdP guru matematik untuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen turut dinilai bagi mengenal pasti penerapan unsur KBAT dalam PdP pendekatan konvensional dan pendekatan penggunaan perisian dinamik GeoGebra. Instrumen untuk menilai kualiti PdP guru adalah Borang Pencerapan PdP KBAT (JNJK, 2015) dan Borang Pembelajaran dan Pengajaran (JNJK, 2010). Hasil pencerapan PdP guru memberi sumbangan dalam pengutipan data kuantitatif. Penyelidik menghasilkan Modul Panduan Penggunaan Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pembelajaran Bentuk dan Ruang untuk digunakan oleh guru dan responden kumpulan eksperimen sebagai rujukan dan panduan menggunakan perisian GeoGebra dalam pembelajaran Bentuk dan Ruang. Kesemua instrumen dan modul telah menjalani ujian kesahan dan kebolehpercayaan oleh sekumpulan pakar matematik. Pembelajaran matematik melalui penggunaan perisian dinamik seperti GeoGebra ini dapat menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 dan memenuhi kehendak anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 tentang memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid di Malaysia. Kajian ini memberi sumbangan kepada pendidikan matematik di mana penggunaan teknologi berpotensi menjadikan pembelajaran matematik murid lebih bermakna. Dapatan juga dapat digunakan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mengembangkan pendidikan matematik berlandaskan teknologi perisian GeoGebra ke semua peringkat persekolahan.
TAHAP AMALAN PENERAPAN KEMAHIRAN PEMIKIRAN KRITIS (KPK) DI SEKOLAH MENENGAH BERPRESTASI TINGGI, SEDERHANA DAN RENDAH Shamsuddin Muhammad; Ruzlan Md Ali; Siti Noor Ismail
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (757.303 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.639

Abstract

Matlamat utama pendidikan negara sebagaimana yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 adalah untuk melahirkan modal insan yang mempunyai tahap dan penguasaan kemahiran berfikir yang tinggi dan berkesan. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan penerapan kemahiran pemikiran kritis (KPK) dalam P&P Matematik di sekolah menengah berprestasi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif yang menggunakan soalan soal selidik, dan ianya melibatkan responden seramai 226 orang guru Matematik di sekolah menengah di negeri Kelantan. Bagi mengkaji tahap amalan penerapan KPK dalam kalangan guru, pengkaji telah mengambil dan membuat adaptasi dari instrumen kajian olehBarak dan Shakhman (2008), Al-degether (2009), Knapp (2013) dan Wainwright et al. (2003). Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan penerapan KPK di sekolah berprestasi tinggi (SBT) adalah lebih tinggi, diikuti sekolah berprestasi sederhana (SBS), dan sekolah berprestasi rendah (SBR). Secara spesifiknya, hasil analisis data menunjukkan nilai min bagi kesemua dimensi amalan penerapan KPK di SBT melebihi nilai 4.00 dan mencapai tahap tinggi, iaitu membuat refleksi dan merumus idea (min = 4.03), menggalakkan tabiat berfikir (min = 4.49), mewujudkan persekitaran berfikir (min = 4.42), pergerakan ke arah pembelajaran kendiri (min = 4.12), dan merangsangkan meta kognitif (min = 4.50). Manakala di SBS pula, dimensi merangsangkan meta kognitif, menggalakan tabiat berfikir dan mewujudkan persekitaran berfikir adalah pada tahap tinggi dengan nilai min 4.27, 4.26, dan 4.24 masing-masing. Manakala dimensi pergerakan ke arah pembelajaran kendiri dan membuat refleksi dan merumus idea masing-masing berada pada tahap sederhana dengan nilai min 3.85 dan 3.72. Seterusnya di SBR pula, empat (4) dimensi memberikan keputusan tahap sederhana, iaitu menggalakkan tabiat berfikir (min = 3.57), mewujudkan persekitaran berfikir (min = 3.66), pergerakan ke arah pembelajaran kendiri (min = 3.14) dan merangsangkan meta kognitif (min = 3.76). Manakala, dimensi membuat refleksi dan merumus idea menunjukkan tahap yang rendah dengan nilai min 2.83. Adalah diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi sumbangan kepada bidang tubuh ilmu dengan mengetengahkan tahap amalan KPK berserta beberapa elemen penting yang dapat menyumbang kepada kecemerlangan mata pelajaran Matematik di sekolah.