Mohamad Azmi Ab Rahman
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

MANIFESTASI DAN PENGHAYATAN ASMAUL HUSNA DALAM DIRI PENGKARYA DAN KARYA SASTERA Mohamad Azmi Ab Rahman
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1071.926 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.605

Abstract

Makalah ini bertitik tolak daripada maksud ayat al-Quran, “Dan Allah memiliki Asmaul Husna (nama-nama yang terbaik), maka bermohonlah (berdoalah) kepada-Nya dengan menyebut Asmaul Husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyalahertikan nama-nama-Nya. Mereka kelak akan mendapat balasan terhadap apa yang mereka kerjakan” (Surah Al-A’raf: 180). Asmaul Husna dijelmakan dan dihayati dalam pelbagai segi kehidupan manusia muslim sebagai hamba-Nya; Rukun Iman, Rukun Islam, amalan zikir, bacaan dalam solat, lafaz doa solat fardu lima waktu dan solat sunat, misalnya solat Duha dan Taubat. Penghayatan dan penelitian Asmaul Husna itu mencetuskan ilham penulis untuk menyelami teks puisi Kita Tidak Selamanya Di Sini (2014) karya Anjanglie dan Sebentar Di Sini (2015) karya Ria Asmira. Penelitian awal ini sebagai permulaan penulis dalam usaha mengaitkan Asmaul Husna dengan karya sastera khasnya puisi (sajak). Manifestasi Asmaul Husna dapat dikesan manifestasinya sama ada secara tersurat atau tersirat, antaranya Al-Wahid (Yang Maha Esa), Al-‘Adzim (Yang Maha Agong), Al-Ghofur (Yang Maha Pengampun), Al-Qayyum (Yang Maha Berdiri Sendiri), Al-Affuw (Yang Maha Pemaaf) dan Al-Mumit (Yang Maha Mematikan), Al- Aziz dan Al-Jabbar (Allah Yang Maha Kuat/ Perkasa) dan Allah Yang Maha Mengetahui (Al-Alim). Selain itu, persoalan kasih sayang manusia terungkap dalam makna nama Allah Yang Maha Pengasih (Ar-Rahman) dan Ar-Rahim (Allah Yang Maha Penyayang). Berdasarkan penelitian terhadap teks puisi tersebut, dapatlah dirumuskan sebagai hamba yang muslim, lafaz penyataan “sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku hanya untuk dan kerana Allah Tuhan Yang Menguasai Segala Alam” bahawa mutlak benar dan yakin bahawa segala-galanya adalah milik Allah SWT.
MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU Mohamad Azmi Ab Rahman; Phat A L Awang Deng
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (556.85 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.653

Abstract

Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang kekosongan. Setiap satunya mempunyai asas dan merakamkan detik hati penciptanya untuk memperkatakan ‘sesuatu’ yang melingkari kehidupan manusia. Suatu realiti yang dekat dengan diri, masyarakat, dan persekitaran kerap kali digarapkan untuk memaparkan nilai atau persoalan kemanusiaan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkatakan tentang kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel dan filem yang masing-masing mendapat perhatian yang tinggi daripada khalayak pembaca, dan penonton. Untuk tujuan ini, novel popular yang diulang cetak 27 kali, Ombak Rindu (Fauziah Ashari,2012) dan filem dengan judul yang sama, “Ombak Rindu” dijadikan bahan penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media itu; bercetak dan audio-video-visual (AVV). Selain itu, teks novel apabila dipindahkan atau ditransformasikan kepada filem, berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, penambahan, pengubahsuaian atau pengekalan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Namun yang dikekalkan ialah tema dan persoalan cinta yang pastinya menjadi popular dalam kalangan pembaca novel dan penonton filem Melayu khasnya.