Mohamad Syawal Narawi
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

NILAI LEKSIS SAHABAT DAN KAWAN:ANALISIS PROSODI SEMANTIK BERBANTU DATA KORPUS Azman Mat Ripin; Mohamad Syawal Narawi; Othman Awang
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (752.99 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.636

Abstract

Kawan atau sahabat merupakan antara insan yang sering dijadikan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati dan berkongsi suka duka. Kawan atau sahabat juga dikaitkan dengan mereka yang sering memerlukan antara satu sama lain ibarat aur dengan tebing. Dalam penggunaan seharian, kedua-dua leksis ini digunakan oleh penutur bahasa Melayu sama ada secara lisan atau tulisan. Pengguna bahasa juga seolah-olah telah menetapkan dalam minda bahawa leksis sahabat dan kawan berada dalam tata tingkat yang berbeza dengan meletakkan leksis sahabat lebih tinggi kedudukannya berbanding leksis kawan. Kebiasaannya leksis sahabat digunakan untuk merujuk kepada individu yang sangat istimewa dalam kehidupan mereka. Selain itu, leksis ini juga sering kali digunakan apabila merujuk kepada teman-teman Nabi Muhammad SAW. Manakala leksis kawan pula sering digunakan untuk merujuk kepada teman sebaya yang tidak terlalu rapat atau dikenali. Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), kedua-dua leksis ini diletakkan secara setara. Leksis kawan didefinisikan sebagai sahabat, teman atau rakan, dan leksis sahabat pula diertikan sebagai kawan, teman atau taulan. Pendefinisian yang dibuat oleh kamus besar ini jelas tidak membezakan tata tingkat leksis-leksis tersebut bersesuaian dengan pemahaman dan penggunaannya dalam masyarakat. Kajian ini akan membuktikan bahawa wujudnya perbezaan tata tingkat kedua-dua leksis tersebut. Menggunakan pengkalan data korpus yang dibangunkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai alat untuk mendapatkan data, dan menggunakan teori prosodi semantik, leksis kawan dan sahabat akan diberikan penilaiannya.
Women Issues In Indie Work Nor Hasimah Ismail; Melor Fauzita binti Md. Yusoff; Rafizah Mohd Rawian; Mohamad Syawal Narawi
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 2 (2017): Science for Social Welfare and Justice
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (365.894 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i2.1434

Abstract

The novel creation has been growing since ancient times until now. Indie's work is the latest masterpiece of the novel. This work is rather free and relaxed, even loaded with implicit and explicit elements. This study will examine the novel of Seronok on the issues and create conflicts. The problems that Rozilla had to do were to differentiate between desires, disagreements, inconsistencies and a sense of discontent that created action. The resulting conflict is a manifestation of dissatisfaction when an opinion to uphold justice is not accepted. However, the help of fellow human beings has solved the problems.