Mohd Kasri Saidon
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN VLE FROG DALAM KALANGAN GURU DI SEKOLAH MENENGAH Nor Zaira Razali; Zolkefli Bahador; Mohd Kasri Saidon
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (680.02 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.645

Abstract

Perkembangan pendidikan pada hari ini telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Kaedah penyampaian telah berubah dari kaedah tradisional berpusatkan guru kepada kaedah berasaskan laman web atau atas talian. Kementerian Pendidikan sedar akan perkembangan ini dan telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran guru. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Kajian secara kuantitatif ini melibatkan seramai 66 orang guru sebagai responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian Korelasi Pearson, ANOVA dan ujian-t. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran ICT guru dan tahap kemudahan ICT yang terdapat di sekolah adalah rendah. Di samping itu, kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara kemahiran ICT guru dan kemudahan ICT dengan tahap penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru. Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kemahiran ICT guru dan kemudahan ICT merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah. Bagi menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjadikan VLE Frog sebagai satu transformasi dalam pendidikan alaf baru, penyelidik telah mencadangkan beberapa perkara untuk tindakan pihak KPM sendiri dan pihak pentadbir sekolah di mana, pemantauan yang berterusan oleh kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran seluruh warga sekolah di Malaysia.
KILANG BESI AWAL ABAD KE-18 DI KEDAH (SUATU TINJAUAN KE BEKAS TAPAK DI KG NAWA, TUALANG, KEDAH) Ibrahim Bakar Langkawi; Mohd Kasri Saidon
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 1 (2016): "Generating Knowledge through Research", 25-27 October 2016, CAS Auditorium - Uni
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (1345.229 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i1.649

Abstract

Kertas kerja ini memaparkan tentang sebahagian aktiviti yang dilakukan oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK). Besi sememangnya telah lama menjadi industri tempatan masyarakat Kedah. Begitupun ia tenggelam dalam lipatan sejarah apabila kerja melebur dan menempa besi ini ditinggalkan. Penemuan kilang peralatan besi yang ada di Nawa, Kedah adalah sebahagian dari bukti kerja sebegini pernah dilakukan dan tercatat dalam sejarah negeri Kedah. Tinjauan ini adalah asas kepada kajian lebih lanjut tentang sejarah industri ini di Kedah serta catatan yang berkait dengannya.Kajian lanjut nanti dilihat bakal mengukuhkan lagi kajian tentang Kedah sebagai negeri terawal membina tamaddhun yang tersendiri di Malaysia yang juga berkemungkinan di Asia Tenggara ini.