Mohd Kasri bin Saidon
Universiti Utara Malaysia

Published : 2 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 2 Documents
Search

Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Pengintegrasian Teknologi Pengajaran Berdasarkan Model TPACK dalam Kalangan Guru Matematik Zolkefli bin Bahador; Nordin bin Othman; Mohd Kasri bin Saidon
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 2 (2017): Science for Social Welfare and Justice
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (375.513 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i2.1438

Abstract

Kajian ini secara umumnya mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK dalam kalangan guru matematik. TPACK adalah singkatan bagi “Technology Pedagogy Content Knowledge”. Fokus kajian ini tertumpu kepada pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan dalam kalangan guru matematik. Bagi mencapai objektif ini, penyelidik telah memilih seramai 120 orang responden dari kalangan guru matematik sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu sebagai sampel kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan keratan rentas yang bersifat kuantitatif dengan menggunakan soal selidik sebagai instumen kajian bagi tujuan mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru-guru di sekolah menengah di Daerah Kubang Pasu, mempunyai min pengetahuan pedagogi dan min pengetahuan kandungan pada tahap yang tinggi tetapi min pengetahuan teknologi berada pada tahap yang sederhana. Secara keseluruhannya keputusan kajian menunjukkan bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK berada pada tahap yang sederhana. Sehubungan dengan itu, penyelidik mencadangkan agar guru-guru matematik di daerah Kubang Pasu diberikan latihan tentang penggunaan teknologi supaya kemahiran teknologi dapat dipertingkatkan dan seterusnya dapat menjayakan proses pengintegrasian teknologi pengajaran berdasarkan model TPACK. Semoga dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran matematik menjadi lebih bermakna dan mampu menarik minat seterusnya memberi motivasi kepada pelajar meningkatkan prestasi disamping menggalakkan guru-guru matematik memperluaskan lagi penggunaan ICT di sekolah.
A Quick Glimpse into Communism and Anti-Nationalism in Kedah Before the World War Two Mohd Kasri bin Saidon; Zolkefli bin Bahador; Khaliza binti Saidin
Proceedings of The ICECRS Vol 1 No 2 (2017): Science for Social Welfare and Justice
Publisher : International Consortium of Education and Culture Research Studies

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | Full PDF (460.463 KB) | DOI: 10.21070/picecrs.v1i2.1494

Abstract

This paper is a brief review on social situation in Tanah Melayu (Malaysia), specifically in the state of Kedah, prior to World War Two. Generally, the situation and social understanding in Kedah was influenced by the influx of immigrants especially the Chinese who came for economic reasons. These immigrants brought with them the culture and the way of life in the Mainland China. This, in a way, affected people’s lives in Kedah. With the strong support from the Chinese, communism began to make its mark among other ethnic groups in the society. The Triads culture became strong and it lead to other anti-national activities. This, in turn, affected the economic, political, and social influence. All these aspects seemed to have become the foundation of a bigger influence after the surrender of Japan. They have also become the foundation for social equality and differences during the Emergency period from 1948-1960.