Samsu Adabi Mamat, Samsu Adabi
Political Science Program School of History, Politics and Strategic Studies, The Faculty of Social Sciences and Humanities Universiti Kebangsaan Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

ALIRAN MEDIA MENCETUSKAN PERKEMBANGAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA Mamat, Samsu Adabi
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Kajian ini dijalankan dengan tujuan mengenalpasti penggunaan media baru untuk tujuan kempen politik terutamanya yang berkaitan dengan keislaman, menyenaraikan laman-laman berkaitan dengan politik Islam di Malaysia, mengenalpasti sejauh mana isu-isu politik Islam di Malaysia wujud dalam blog-blog, website-website dan sebagainya di media baru, dan menjelaskan media baru sebagai medan politik Islam dengan melihat pandangan berbeza yang dikemukakan di setiap blog, website dan lain-lain media baru. Islam adalah amat penting dalam sistem politik sesebuah negara. Tanpa Islam, pentadbiran politik akan tersasar jauh dari landasan yang betul. Apabila melihat kepada sesebuah negara Islam, maka pentadbiran adalah amat penting kerana ia merupakan salah satu matlamat utama politik di dalam Islam. Jika dikaitkan pula dengan media, politik Islam dan media adalah sukar untuk dipisahkan.Ini kerana segala maklumat boleh diperoleh dengan mudah dan cepat melalui media baru yang semakin berkembang pesat.Segala maklumat yang ingin disampaikan dapat diperoleh di dalam media melalui perbincangan daripada idea-idea dan kupasan isu-isu yang ingin di sampaikan oleh pemilik-pemilik media baru itu sendiri. Contohnya apabila sesuatu perkembangan sama ada ekonomi, sosial mahupun politik khususnya dihebohkan melalui facebook yang membincangkan berkaitan isu politik Islam, maka rakan-rakan facebook akan memberikan pandangan dan pendapat masing-masing berhubung dengan status yang telah diutarakan oleh pemilik media tersebut.Kata Kunci : Facebook, Politik Islam, Blog-blog, Website