Irwan Fariza Bin Sidik, Irwan Fariza
Unknown Affiliation

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

ETOS DAN BUDAYA SEKOLAH MEMBERI KESAN KEPADA KEMENJADIAN PELAJAR Bin Sidik, Irwan Fariza; Bin Awang, Mohd Mahzan; Bin Ahmad, Abdul Razaq
Proceeding 7th International Seminar on Regional Education Vol 1 (2015): Educational Community and Cultural Diversit
Publisher : Proceeding 7th International Seminar on Regional Education

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar

Abstract

Abstrak Fokus utama kemenjadian pelajar dalam kajian ini ialah pelajar memperoleh ilmu pengetahuan, membangunkan penguasaan kemahiran dan memperlihatkan kemahiran untuk pembangunan diri pada masa depan.Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) mempunyai etos, budaya, watak, identiti tersendiridan unik serta menyerlah dalam semua aspek pendidikan.Sekolah ini sentiasa berjaya melahirkan modal insan yang holistik serta mampu bersaing di persada antarabangsa. Kajian ini bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti bagaimana etos dan budaya sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar dalam kalangan pelajar tingkatan 4 pelbagai latar belakang demografi. Kajian ini mengkaji tentang etos dan budaya sekolah;proses pengajaran dan pembelajaran dan pembelajaran abad ke-21; Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan i-Think yang memberi kesan kepada kemenjadian pelajar. Kerangka konseptual kajian merupakan gabungan daripada dua teori antaranya teori atau model sistem ekologi (Bronfenbrenner 1977) dan teori modal sosial (Robert D Putnam 2000) yang berkaitan dengan etos dan budaya sekolah. Peranan yang dimainkan oleh individu-individu yang signifikan seperti pentadbir sekolah, guru dan rakan sebaya. Semua faktor ini memberikan pengaruh yang kuat dalam kemenjadian pelajar. Impaknya dapat dilihat dari aspek kecemerlangan akademik; kokurikulum dan sukan; sahsiah yang mulia; pelajar yang berkeyakinan; kemampuan saing di peringkat global dan sikap sayangkan sekolah dalam kalangan pelajar. Kertas konsep ini akan membincangkan bagaimana etos dan budaya sekolah memberi kesan kepada kemenjadian pelajar.Kata Kunci: Etos, budaya sekolah dan kemenjadian pelajar