Norizan Binti Razali
University Kebangsaan Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Sistem Perceraian Fast Track yang digunakan di Mahkamah Syariah Negeri Selangor membantu mempercepatkan penyelesaian permohonan cerai Norizan Binti Razali
Jurnal Justisia : Jurnal Ilmu Hukum, Perundang-undangan dan Pranata Sosial Vol 7, No 2 (2022)
Publisher : Law Department, Sharia and Law Faculty.

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.22373/justisia.v7i2.15694

Abstract

Sistem Perceraian Fast Track yang digunakan di Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor di Malaysia telah dilaksanakan mulai tahun 2015 dapat memainkan peranan dalam  menjimatkan masa dan memudahkan pasangan suami isteri yang terpaksa mengambil keputusan bercerai kerana tidak perlu menunggu lama untuk proses perceraian. Sebelum ini proses perceraian menghabiskan masa sehingga 90 hari walaupun suami isteri bersetuju untuk bercerai secara baik. Dengan adanya proses ini, kes dapat diselesaikan dengan lebih cepat iaitu dalam masa 6 jam sahaja. Sistem Fast Track ini merupakan idea para Hakim di Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS) demi untuk menyelesaikan kes-kes permohonan yang banyak tertumpuk kerana Negeri Selangor mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Justeru itu objektif kajian ini untuk menyoroti kajian lepas tentang keberkesanan sistem Fast Track ini. Kajian dibuat berbentuk kualitatif  dengan mengambil pendekatan analisis data statistik dan dianalisi secara deskriptif dengan teori-teori Undang-Undang yang menjadi objek penelitian. Tinjauan literature dilakukan secara tematik dan hasil analisis mendapati Sistem Perceraian Fast Track ini telah mencapai objektif yang diinginkan oleh JAKESS.