Faridah Yakob
Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur, Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Level of Competency of Graduates of the Special Science Campus Teacher Education Institute Faridah Yakob; Lee Leh Hong
Journal Civics and Social Studies Vol 6, No 2 (2022): Vol 6 No 2 Tahun 2022
Publisher : Institut Pendidikan Indonesia

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.31980/civicos.v6i2.2243

Abstract

Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan.  Kajian ini dijalankan untuk meninjau tahap kompetensi pelajar Ambilan Jun 2018 yang baharu menamatkan pengajian mereka selama lima (5) tahun di IPG Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur . Sampel kajian terdiri daripada 85 orang pelajar yang telah mengikuti pengajian dalam bidang pengkhususan Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran, Masalah Penglihatan, Masalah Pendengaran), Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif menggunakan Senarai Semak Kompetensi Diri (SSKD) SGM 2.0. Dimensi Kompetensi dalam Kerangka SGM 2.0 menjadi rujukan utama dalam kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya tahap kompetensi keseluruhan domain SGM 2.0 pelajar PISMP Ambilan Jun 2018 IPGKIK berada pada min=3.0 (SP=0.78).  Ini menunjukkan bahawa pelajar telah berjaya mencapai standard kompetensi SGM 2.0 dalam keempat-empat domain SGM 2.0 iaitu orientasi ilmu, orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti dan kualiti peribadi. Walaupun min keempat-empat domain mencapai standard kompetensi SGM 2.0, didapati bahawa min bagi domain orientasi ilmu adalah 2.95 dan min bagi domain instruksional adalah 2.98 berbanding dengan domain pelibatan komuniti iaitu min 3.00 dan domain kualiti peribadi dengan min 3.08. Pengkaji juga mencadangkan bahawa IPGM terus merancang dan menambahbaik program yang ditawarkan dengan mengambilkira cabaran masa kini untuk membangunkan generasi pelajar yang dapat menghadapi dan menangani cabaran-cabaran baharu terutamanya dalam era revolusi informasi abad ke-21 agar dapat menghasilkan bakal guru yang kompeten dan berjiwa pendidik serta menepati standard SGM 2.0.