Hasnoor Shima Ahmad Hassan
Universiti Kebangsaan Malaysia

Published : 1 Documents Claim Missing Document
Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Klausa Pelapor Dalam Novel Sejarah Islam: Dari Sudut Pandang Stilistik Hasnoor Shima Ahmad Hassan
Aliansi Special Issue September 2022 : Aliansi : Jurnal Politik, Keamanan Dan Hubungan Internasional
Publisher : Universitas Padjadjaran

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.24198/aliansi.v0i0.43095

Abstract

Novel sejarah Islam adalah sejarah Islam yang telah diolah dan dipersembahkan kepada para pembaca  dalam bentuk novel. Novel genre ini mula muncul di Malaysia sejak tahun 2007 dan pengarangnya  merupakan anak tempatan. Kehadiran novel sejarah Islam memberikan impak yang besar kepada trend  pasaran karya kreatif tempatan kerana ia mempunyai daya tarikan tersendiri yang mampu mempengaruhi  pemikiran pembaca dalam menginterpretasikan sejarah sejarah Islam. Konteks penceritaan yang  berlandaskan kepada sejarah Islam di zaman Rasulullah tentu sekali mengandungi petikan- kata-kata  Rasulullah. Sebagai ikon suci kepada umat Islam, sudah tentu kata-kata Rasulullah tidak boleh diolah  secara semberono oleh pengarang. Oleh itu, kajian ini tertumpu kepada gaya pengarang merepresentasi  ujaran-ujaran Rasulullah di dalam novel Perang Uhud Sejarah Duka Umat Islam karya Abdul Latip  Talib, terbitan PTS Sdn. Bhd. Kajian ini tertumpu kepada bentuk dan leksikal klausa pelapor yang  mengiringi ujaran-ujaran langsung yang digunakan oleh pengarang untuk merepresentasi ujaran  Rasulullah. Kajian ini memanfaatkan kerangka gaya ujaran langsung yang dicadangkan oleh  Mohammad Fadzeli Jaafar (2006). Hasil kajian ini mendapati bahawa pengarang mengambil  pendekatan berhati-hati dengan menggunakan leksikal yang neutral dalam klausa pelapor untuk  meminimumkan campur tangannya dalam merepresentasi kata-kata Rasulullah.