Claim Missing Document
Check
Articles

Found 1 Documents
Search

Kualiti Air Minuman Mesin Layan Diri (Vending Machines) Di sekitar Kuantan, Pahang Malaysia Kadir, Mohd Sharif Bin; Ali, Rusnani Binti; Nor, Balkisah Binti Mohd
Public Health and Safety International Journal Vol. 3 No. 01 (2023): Public Health and Safety International Journal (PHASIJ)
Publisher : YCMM

Show Abstract | Download Original | Original Source | Check in Google Scholar | DOI: 10.55642/phasij.v3i01.301

Abstract

Kualiti air minuman daripada sumber selain air paip menjadi kebimbangan dalam komuniti setempat. Untuk menangani kebimbangan, penyelidik telah menjalankan penyelidikan ini untuk menentukan tahap dan kualiti air dari mesin layan diri (WVM) disekitar kuantan. Daripada hasil pemerhatian kesemua mesin layan diri terletak di kawasan yang bersih dan selamat. Analisis terhadap parameter fizikal dan kimia menunjukkan kesemua sample yang diuji mematuhi nilai pH 6.21 – 6.61. Kesemua sampel mesin layan diri dikesan mempunyai jumlah pepejal terlarut (TDS) dalam julat 34-45ppm dibawah standard yang dibenarkan iaitu 1000 ppm. Nilai kekonduksian elektrik daripada sepuluh kawasan di sekitar kuantan air mesin layan diri berada dalam julat 70 – 90 μS/cm masih dibawah piawaian WHO 750 μS/cm. Parameter baki klorin bebas dan jumlah klorin air kesemua sampel dibawah paras dibenarkan. Dari segi suhu air yang keluar dari mesin berada dalam julat 28-380C. Lesen pengoperasi hanya dua sampel mesin tanpa lesen KKM daripada sepuluh mesin air. Penggunaa air mesin layan diri boleh menyebabkan potensi risiko kepada kesihatan pengguna jika parameter fizikal dan kimia melebihi had yang dibenarkan. Penyelidik mengesyorkan pembekal mesin ini membuat penyelenggaraan secara berkala serta Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pensampelan dan pemantaun kualiti secara berkala.